Thursday, 16 February 2017

NASI ala KAK WOK

Nasi Kak Wok ni sebenarnya begitu terkenal di Kelantan.Ia merupakan hidangan untuk sarapan pagi dan sekarang ni dah dijual tak kira masa....bukan setakat untuk sarapan pagi malahan menjadi pilihan untuk makan tengahari.Salah satu daya penarik Nasi Kak Wok ialah ayam gorengnya yang dipotong kecik2,digaul dengan garam kunyit dan dihidangkan panas2 bersama nasi putih dan gulai ayam yang biasanya menggunakan kaki ayam ataupun bahagian tulang2 sahaja atau oreng Kelantan panggil gulai "keropeh".Harganya yang murah..cuma RM3 sebungkus anda sudah boleh menikmatinya...Kenapa nasi ini dinamakan Nasi Kak Wok????kerana pengasasnya atau orang yang mula2 mengusahakan nasi berlauk ini bernama Wok...Walaupun beliau sudahpun meninggal dunia ,namun jenama Nasi Kak Wok masih terkenal hingga kehari ini...Saya sendiri sebenarnya tak pernah pun buat Nasi Kak Wok ni...selalunya hanya menikmati dikedai saja jika teringin bersarapan diluar bersama keluarga.Kali ini hubby mintak saya buatkan Nasi Kak Wok bila saya suarakan padanya dah jemu asyik menikmati masakan yang sama jer..dan bila kami sekeluarga menikmatinya ketika makan tengah hari ...rasanya mmg enak sekali...resipinya saya main agak2 berdasarkan pemerhatian saya ketika menikmati Nasi Kak Wok sebelum ni...cuma saya tukarkan gulai ayam kepada Dalca Daging dan tambah kacang panjang yang digoreng bersama telur yang merupakan kegemaran anak perempuan saya...jika pembaca diluar sana yang teringin nak mencubanya jom saya kongsikan resipinya:

NASI ala KAK WOK
Olahan rasa:MamaMia Kitchen

Dalca Daging
1/2 kilo daging dipotong nipis
4 cawan santan
1 biji terung dipotong serong-saya cuma ada stok terung je dlm peti ais(sayuran ni terpulang kepada citarasa msing2)
3 batang kacang panjang
3  sdm rempah dalca
5 ulas bwg merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
Kulit kaya manis,bunga lawang,buah pelaga untuk menumis
1 keping asam keping
Garam gula secukupnya
1.Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang hingga kekuningan bersama rempah penumis hingga naik bau.
2.Masukkan rempah dalca bersama sedikit air dan kacau hingga agak garing sedikit.masukkan daging dan kacau sebati bersama rempah dalca tadi.Apabila air daging hampir kering ,baru masukkan santan dan kacau sebati.
3.Masak guna api sederhana selama 10-15 minit hingga daging empuk.Masukkan gula garam,asam keping serta sayur-sayuran.Sesuaikan rasa,tutup api.

Ayam Goreng Kunyit
1/2 ekor ayam-(kalau keluarga besar gandakan )
Garam, serbuk kunyit,serbuk perasa(optional)
Potong ayam kecik2,gaulkan bersama garam,serbuk kunyit dan ketepikan.Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.Ayam ni seeloknya digoreng ketika anda ingin menikmati hidanga ye...baru sedap ...makan panas2...kalau suka letakkan beberapa potong bawang besar untuk menambahkan lagi keenakan ayam goreng ni..

Kacang Panjang Goreng Bersama Telur

1 ikat kacang panjang dipotong serong
2 ulas bawang putih dimayang
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
1 biji cili padi dihiris nipis
Gaul kacang tadi bersama sedikit serbuk kunyit.Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi,masukkan telur dan kacau biar hancur.Baru masukkan kacang bersama cili padi.Letakkan sedikit garam dan gula,sesuaikan rasa tutup api.Jangan goreng terlampau lama nanti kacang akan menjadi lembik.Goreng sekejap jer untuk mengekalkan kerangupan kacang panjang tu.

set hidangan nasi ala kak wok:nasi putih,dalca daging,ayam goreng kunyit dan kacang goreng


makan time panas2 memang kaww
dalca daging
kacang panjang goreng bersama telur

Jom Try Buat...


Post a Comment