Monday, 30 January 2017

KEK COKLAT CHEESE BERHANTU

Akhirnya berjaya juga saya siapkan Kek Coklat Cheese Berhantu yang menjadi viral sekarang nih...bila saya amati resipi yang bertebaran kat fb tu....rasanya sama cam nak buat kek coklat moist jer...bezanya cuma kek itu dilapisi dengan cheese dan coklat ganache...sah2 rasanya mmg power....so kek ini telah menggoda jiwa dan raga...mmg kena try la ni...alhamdulillah siap juga sebijik kek ni dan dalam masa sehari dah habis dibantai oleh kami anak beranak...hahaha...klau dah sedap susah nak stop makan....kalau pembaca diluar sana yang masih belum lagi cuba buat kek ni meh cheq nak habaq resipinya

KEK COKLAT CHEESE BERHANTU
Olahan rasa:Mamamia

Bahan-bahan:
Untuk kek yang dah siap dan dibelah 2
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sk esen vanila
sedikit garam
1 sk dark coklat emulco
1/4 cawan air panas yang mendidih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
Bahan diayak bersama:
1 cawan tpg gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara membuatnya:
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.Setelah kembang masukkan esen dan garam.
2.Masukkan air panas,susu dan minyak.
3.Seterusnya masukkan bahan2 yg telah diayak dan gaul sebati.
4.Bakar suhu 150C selama 25-35 minit teknik bained marie@water bath.

Cheese lava:
250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan non dairy whipping cream
Pukul semua bahan diatas hingga kental.

Ganache:
1/2 cawan dark choc beryl
1/4 cawan non dairy whipping
1 sb butter
Masak secara double boiler

Potong kek kepada 2/3 bahagian.Letakkan cheese lava seterusnya dilapiskan dengan kepingan kek.Bahagian atas kek letakkan cheese lava dan disaluti dengan coklat ganache....simpan dalam fridge selama2-3 jam baru sedap dimakan...





ni la rupa non dairy whipping cream bagi yg takpenah tengok benda alah ni ye
utk ganache saya guna uht whipping cream
ganache yang telah siap..biarkan sebentar sebelum digunakan
paipkan cheese lava ke atas setiap lapisan kek
 untuk lapisan atas hias ikut kreativiti anda...saya tabur coklat cip n letak ceri bertangkai kasi naik seri skit....nak amik mood cam beli kat kedai gituuu

Jom Try Buat...




































Post a Comment