Monday 21 November 2016

NASI GANJA

Pertama kali dengar nama Nasi Ganja secara tiba2 terus tekak teringin nak makan...tertanya2 gak sedap sangat ke nasi ni sampai digelar Nasi Ganja gitu....mesti ketagih sapa2 yg mkn nasi ni kan....kebtulan di Fb saya lihat ada yang kongsikan resipinya...so apalagi terus pegi cari bahan2 untuk buat nasi ganja ni...kebetulan besday hubby dah hampir....kiranya hidangan untuk celebrate besday dia la ni...

NASI GANJA
Sumber: Fb Ida Shahida
Bahan untuk nasi (6 orang)
4cwn beras-disyorkan beras Basmathi(saya gunakan beras Siam Cap Pisang)
6 cwn air (atau ikut jer sukatan beras anda seharian)
Bwg putih 4 ulas*
Bwg merah 8 ulas*
3 btg kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 bj buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 bungkus sup Adabi kecil*(serbuk)
6-8 titis pewarna kuning telur
6 camca besar sos cili Maggi
Garam,gula,serbuk perisa
Minyak masak,minyak sapi

Cara membuatnya:
1.Bahan2 yg bertanda* ditumis dengan minyak masak sedikit dan campur dengan minyak sapi sikit,agak2 1/4 cwn).
2.Dah siap tumis masukkan air dan pewarna kuning telur,kacau biar sebati.
3.Masukkan 6 camca besar sos cili Maggi,garam,gula dan serbuk perisa(jika suka).Masaklah seperti biasa.

AYAM GORENG BEREMPAH
1 ekor ayam dipotong 8-12 ketul
2 sdm serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sdm serbuk ketumbar-jika suka
1 sk jintan manis-jika suka
Garam,gula
3 tangkai daun kari dimayang
Dikisar dengan air:
10 ulas bwg merah
6  ulas bwg putih
halia 2"
2 btg serai

Campurkan semua bahan dlm mangkuk besar.Pastikan adunan kental dan dpt menyalut ayam dengan sempurna.Kacau sebati dan perap ayam selama 30 minit.Goreng dgn api kuat-sederhana-perlahan(main api supaya  ayam masak sekata.Klu tak kontrol api dgn baik nanti rempah yg ats ayam tu hangus pula...jadi hati2 ye.
Jika anda ada oven atau microwave boleh lah dicook dulu isi ayam tu  selama 12-15 minit.Bila dah cook keluarkan,pastu baru masukkan ke dlm adunan rempah ratus tadi...perapkan.bila buat mcm ni isi ayam betul2 masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dlm kuali-kiranya elak hangus dan tidak masak isi didalam.


Gandingan Nasi Ganja...Dalca Daging
Ayam Goreng Berempah
Pajeri Nenas

Acar Timun
Jom Try Buat....

No comments: