Wednesday, 30 March 2016

ROTI BERSOSEJ ALA CONEY DOG

 Anak2 saya suka sangat bawak bekal ke sekolah....selalu saya buatkan Nasi Lemak,Nasi Goreng,Mi/Bihun Goreng....tapi yang selalu mendapat permintaan tinggi adalah Roti Bersosej Ala Coney Dog nilah......cara nak buatnya senang sangat dan saya tak rujuk mana2 resipi pun main belasah ikut suka saya jer....tapi roti ni sangat sedap dan mengenyangkan ...kalau pembaca diluar sana yang kebuntuan idea untuk menyediakan bekal untuk anak2 saya syorkan boleh try wat resipi ni pulak...meh tengok bahan2 dan cara membuatnya



 ROTI BERSOSEJ ALA CONEY DOG
Oleh:MamaMia



 Gunakan sosej yang premium cam brand Marina atau Ayamas sebab rasanya berbeza jika menggunakan jenama yang ekonomi..
 Celur sekejap.Bila mendidih tutup apidan toskan sosej terse but.

Coleslaw....campuran karot dan kobis yang dicincang halus ...campurkan dengan sedikit mayonis,gula gaul biar sebati dan simpan dalam fridge...kalau nak buat tuk bfast boleh buat sebelah malam lagi... 

 Gunakan roti hotdog 10 biji pasai sosej ada 10 bijikan...baru tak membazir...kalau family kecik tu pandai2lah ejas yer
 Belah dua roti,tapi jangan sampai putus weiii....letakkan daun salad atau apa2 sayur yang korang suka cam tomato ke atau timun.Pastu letakkan sesudu coleslaw dan ratakan.Barulah letak sosej yang telah dicelur tadi.
 Saya  suka guna Sos Cili jenama Life begitu juga Sos Lada Hitam ..masukkan dalam beg plastik kecil dan gunting bucunya kemudian paipkan ke atas sosej dan roti
 Taraaa....siap untuk makan....sedap dan mengenyangkan...


Jom try buat....
Post a Comment