Tuesday, 29 March 2016

ROTI ARAB a.k.a ROTI PURI

Roti Puri atau sesetengah orang memanggilnya Roti Arab ni memang menjadi salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga.Selalunya saya buat untuk bekpes...tpi kadang2 buat untuk dinner jugak kalau dah tak de idea nak masak..hihihi...sebelum ni, kami memang tak pernah merasa Roti Puri...bila cubaan pertama saya buat Roti Puri yang diambil dari blog AlongRoz terus jatuh cinta...bahan2 untuk membuatnya simple saja dan memang ngam sangat kalau dicicah dengan Kari Ayam....pekena 2 biji dah tersadai kikiki....nak buatnya kena ikut step by step yang betul...kalau tak.. jadi tension bila Roti Puri tak menggelembung bila kita goreng...apa-apapun practice makes perfect.....untuk resipinya boleh rujuk DISINI...saya cuma tunjukkan langkah demi langkah untuk menyenangkan pembaca yang tak pernah lagi buat Roti Puri nih...

ROTI ARAB a.k.a ROTI PURI
Oleh:MamaMia Kitchen

Gelembung elok jer kan...

Cara membuatnya:
Tepung digaul dengan yis.
Mentega,minyak dan gula dibancuh dengan air suam
Kemudian  satukan semua bahan dan uli hingga licin dan kental.Perapselama 1 jam dalam bekas yang bertutup.
Uli semula dan bulat-bulatkan dalam 18 biji.
Canai nipis lebih kurang 0.4cm...tabur papan canai dengan sedikit tepung gandum dan alas dengan plastik time nak menggelek untuk mengelakkan tepung melekat pada penggelek.
Panaskan minyak dan goreng sebiji-sebiji,tunggu hingga kembung dulu baru diterbalikkan...
Ni le hasilnya..
Enak dimakan bersama Kari Ayam...nyum..nyummm


Jom Try Buat..
Post a Comment