Friday, 25 March 2016

KEK PANDAN SNOW CHEESE

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca semua...alahaiii...agak lama jugak tak update blog...nak buat camna penyakit M datang menyerang tiba2 jer....nak pulihkannya bukan main amik masa huhuhu....kek pandan ni dah lama gak le buatnya tapi ntah kenapa malas plak nak upload gambar ke lappy nih....alhamdulillah ari ni baru ada semangat nak letak entry tuk dikongsi dengan pembaca semua....resipi ni saya amik dari fb Azlina Ina....yang sangat glemer dengan tutorial aneka keknya...sampaikan saya pun turut tergoda dengan resipi yang dikongsikannya.Cara nak buatnya pun senang sangat....rasanya memang superb....walaupun 2-3 hari dok dalam fridge..kek ni tetap lembut...sebab ada sesetengah cheese kek ni kalau dah banyak hari duk dalam fridge keknya akan mengeras  dan tak sedap dimakan lagi dah...jadi habuan cik tong le jawabnya... apapun terima kasih sesangat le pada Azlina Ina yang tak kedekut ilmu tu berkongsi Kek Pandan Snow Cheese yang memang sedap sangat nih...rugi kalau tak cuba tau..
Meh tengok resipi dan cara membuatnya ....




KEK PANDAN SNOW CHEESE
Sumber: fb Azlina Ina
Olahan:Mamamia

Bahan2:
3 biji telur gred B
1 sdb ovalet
1 sk esen vanila
1 cawan gula (tak nak manis kurangkan)-saya letak 3/4 cawan
1 sk perasa pati pandan-saya guna pes pandan  cap Koepoe2
1-2 titik pewarna hijau epal
1/4 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sk baking powder
1/4 cawan minyak-saya guna minyak jagung


Cara membuatnya:

 Campurkan telur,gula, ovalet esen vanila,perasa pandan dan pewarna hijau sampai gebu .Kalau ceduk dengan sudu adunan tak jatuh.
 Masukkan susu cair dan putar hingga sebati.
 Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil perlahankan volume mixer.Kemudian matikan mixer.
 Masukkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.Kaup balik sahaja.Panaskan kukusan.
 Masukkan adunan ke dalam loyang 8 " yang telah disapu minyak dan alas kertas baking.Kukus selama 40 minit.Biarkan kek berasa dlm kukusan selama 5 minit.
 Terbalikkan kek diatas redai dan sejukkan.


Toping
1 cawan cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

 Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan putar sampai pekat,tuangkan ke atas kek yang telah disejukkan.Parutkan cheddar cheese ke atas kek.

Sejukkan dalam fridge sebelum dihidangkan.. 


Jom Try Buat...
Post a Comment