Sunday, 27 March 2016

BROWNIES KACANG

Fenomena Brownies ni dah agak lama jugak rasanya  jadi viral kat fb dan juga blog...tapi masa tu saya tak de keinginan nak mencubanya plak.... sebab saya beranggapan rasanya mesti lebih kurang cam Kek Coklat saja huhuhu....tapi bila tengok kat fb Norhayati MohdRazali duk tayang Brownies Kacang membuatkan saya teruja untuk mencubanya...hasilnya memang heaven weii...sedap sangat....bagi saya satu adunan ni kecik jer...kalau yang keluarga besar saya syorkan anda double kan adunannya....cara nak buatnya senang sgt...meh try buat brownies....terima kasih pada tuan punya resipi ni jugak...izinkan saya kongsi disini supaya lepas ni kalau yg selalu beli tu leh blaja wat sendiri....


BROWNIES KACANG
Sumber:fb Norhayati Mohd Razali
Olahan:Mamamia

Bahan2:
3/4 cawan tpg gandum diayak bersama 1/2 sk baking powder
3/4 cwn gula perang
2 sdb gula halus
2 biji telur
1 sk esen vanila
1/4 cwn serbuk koko
1 sk nescafe
170 gm coklat masakan
6 sdb marjerin
Secubit garam
Kekacang/coklat cip
Cara membuatnya:
 Cairkan coklat masakan beserta marjerin,serbuk koko dan nescafe secara double boiler.Sejukkan.
 Dlm bekas lain,pukul telur bersama gula perang dan gula halus hingga larut.
 Masukkan esen vanila dan garam.Kacau sebati.
 Masukkan adunan coklat dan kacau lagi supaya sebati.
 Tuangkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
 Masukkan kekacang dan coklat cip.
 Tuang dalam acuan yg telah dialas dan disapu marjerin.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
Sejukkan dahulu baru curahkan sos coklat ke atasnya dan tabur lagi baki kekacang.



Jom Try Buat..
Post a Comment