Wednesday, 3 February 2016

BETIK MASAK LEMAK CILI PADI

Sudah lama hubby mintak saya buatkan betik masak cili padi ni apabila meilhatkan  pokok betik yang berbuah lebat di luar pagar.Sebelum ni saya memang tak pernah masak betik  stail lemak cili padi.Selalunya saya suka buat kerabu betik jer,.dan yang paling simple ialah celur  untuk dicicah dengan budu...ermmm sedap sangat.So terpaksa minta bantua En.google untuk dapatkan resipinya.....bila jenguk kat blog Mat Gebu terus decide nak amik resipi ni....tapi saya tak ikut sepenuhnya resipi MG tu..adalaah saya kurang dan tambah beberapa bahan....hasilnya memang uumphhss....saya padankan dengan ikan kembung goreng kunyit dan budu....memang ngamm sangat....anak lelaki saya cakap sedap sangat betik masak cili api ni...nggeeeee sukanya... rasa berbaloi2 sebab ada yang suka dengan air tangan kita yekkk...jom semak resipinya...

Sumber:Dapur Tanpa Sempadan
Olahan :MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
1biji betik mengkal-saya guna 1/2 biji shj
1 genggam ikan bilis dibersihkan dan direndam
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis optional
800 ml santan cair-tak letak
400 ml santan pekat-guna 500 ml santan pekat
2 batang serai diketuk-1 batang je
2 helai daun kunyit di siat
Garam,gula secukup rasa

Bahan tumbuk;
 1 genggam cili padi kampung-1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:

1.Betik dikupas kulitnya,cuci dan belah 6,buang biji dan hiris serong sederhana tebal untuk setiap bahagian betik tadi.Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik,bahan tumbuk,ikan bilis dan santan cair.Kacau rata dan masak hingga mendidih dan betik empuk.
2.Tuang pati santan,masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula.Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu.Masak hingga betik empuk.Jika rasa dah ok boleh matikan api.

betik ni bukan ditanam tau..tapi tumbuh dengan sendirinya selepas banjir besar tahun 2014

bahan2 yang diperlukan...
satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga betik empuk..

Post a Comment