Sunday 3 January 2016

KARIPAP RANGUP

Setiap kali ingin membuat karipap saya pasti akan menggunakan resipi ini.Pemilik asalnya adalah AlongRoz..tapi saya mengambilnya dari blog yatie memories.Ternyata dohnya lain dari yang saya pernah buat sebelum ni kerana menggunakan gabungan tiga jenis tepung iaitu tepung gandum,tepung beras dan tepung ubi.Masa memula nak try buat tu rasa macam tak yakin jer...tapi bila dah siap goreng ...ermmm memang tebaek laaa....kulitnya sangat rangup..berbeza dengan resipi yang saya pernah buat sebelum ni...sekarang ni memang tak pandang dah resipi yang lain...musti nak guna yang ni jugak....sebab memang puas hati.Oleh kerana cuti panjang ni...mai angin rajin nak buat stok frozen karipap..kalau dah buka sekolah nanti..payah skitlah nak menguli karipap ni...so saya pun buatlah 2 jenis inti...inti sardin dan inti ubi kentang campur ayam kisar.Anak lelaki saya yang nombor dua tak makan karipap inti sardin...so mama kena sediakanlah inti ubi ni....nanti kesian pulak dia tengok orang  dok belasah karipap sardin ni..hihihi...sambil2 tu saya letak telur rebus dalam karipap inti ubi tu.. maka jadi la ala-ala karipap IKEA gitu....oleh kerana tamak punya pasal saya telah mengadun sebanyak 2 adunan...time nak menggelek dan kelim karipap tu jenuh la weiii...terpaksa minta bantuan hubby untuk kelim karipap tu....apapun hasilnya memang banyak le...100 biji karipap berjaya dihasilkan..fuhh...cam nak jual la pulak....saya hanya goreng sedikit sahaja,...selebihnya saya goreng sekejap..pastu frozenkan....bila teringin nak makan ..tinggal goreng jer...senangkan....apapun terima kasih sesangat pada AlongRoz dan Yatie kerana berkongsi resipi karipap yang tebaek nih....


KARIPAP RANGUP
Sumber:yatie memories,AlongRoz
Olahan semula:MamaMia Kitchen



Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm tepung ubi
1 sdb gula
1 sk garam
3 sdb marjerin*
1/4 cawan minyak masak*(*panaskan)
1 cawan air-tuang sedikit demi sedikit


Cara membuatnya:

Campurkan semua bahan2 kering ke dalam bekas yang besar.Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh lembut.
Bahagikan doh kepada bebola kecil.
Leperkan.Saya guna mesin lagi senang dan ketebalannya pun sekata.
Isi dengan inti kegemaran.Yang ni saya letak inti ubi dan 1/4 potongan telur rebus.Tutup dan kelim kemas.
Buat sehingga habis doh.
Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing.
Karipap ini lebih rangup sekiranya digoreng 2 kali.Walau digoreng lagi,karipap ni tetap tak berminyak.
Untuk difrozenkan cuma goreng sekejap jer...bagi mengelakkannya melekat antara satu sama lain.
Karipap inti ubi dan telur ala IKEA.
Enak dinikmati ketika minum petang...atau sarapan pagi
Saya sukakan inti sardin berbanding inti ubi.



Jom Try Buat..

No comments: