Monday 14 December 2015

SOTONG GORENG TELUR MASIN

Kadang kala kalau hari2 masak tu dah tak tau nak masak apa...tengok kat freezer tu macam2 lauk ada..tapi tak de idea nak masak.Bila tengok sotong memula tu nak buat kerabu sotong..tapi dah selalu sangat buat...last2 saya berkenan dengan Sotong Goreng Telur Masin kat blog fizalgk....saya tak pernah  rasa lagi...tengok gambar cam sedap jer.....stok telur masin pun ngam2 ada dua biji...ermmm elok sangatlah saya try resipi ni....kalau tak buat macam mana nak tau rasanya ..yea dokkk...tiba waktu lunch saya hidangkan sotong ni untuk keluarga saya....bagi saya yang pertama kali cuba sotong ni...kira ok gak le...tapi saya syorkan makan time panas2...maksudnya bila dekat2 nak makan baru goreng...bila dah sejuk rasanya dah tak berapa sedap....itu pendapat saya le....sebab masa tgh masak saya try ok jer...bila dah hidang tu mungkin dah agak sejuk rasanya tak sesedap masa saya makan time panas2 tu....



SOTONG GORENG TELUR MASIN
Sumber:fiza lgk
Olahan rasa:Mamamia Kitchen


 Bahan A;
500 gm sotong
1 cawan tepung jagung
1 sdt serbuk lada hitam

Bahan B:
3 sdm mentega
2 pelepah daun kari
7 tangkai cili padi-dicincang (saya potong serong)
secubit gula
1 kiub ayam
2 biji telur masin yang tlh direbus-ambil yg kuning sahaja dan hancurkan.

Bahan2 yang perlu disediakan


Cara menyediakannya:

 Bersihkan sotong dan potong bulat.
 Campurkan lada hitam dengan tepung jagung dan golekkan sotong ke dalam tepung tersebut.Goreng sotong tersebut dengan minyak panas sebentar sahaja.Jika terlalu masak tekstur sotong akan keras.

 Cairkan mentega dengan api kecil,lalu masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan sambil terus dikacau.Bila telur masin telah berbuih,masukkan daun kari,kiub ayam,gula dan cili padi.
 Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam adunan kuning telur.Apabila telah sebati matikan api dan hidangkan.
 Taraaa......ready untuk dingapp
Sesuai dimakan panas2...bila dah sejuk tak brp nak ngamm..







Jom Try Buat....

No comments: