Tuesday, 8 December 2015

PISANG GORENG RANGUP

Ketika pulang ke rumah mak minggu lepas...ayah saya telah membekalkan 2 sikat Pisang Kelat Lega untuk dibawa pulang ke TM...sukanya tidak terkata ...bolehlah saya buat pisang goreng samada untuk sarapan pagi ataupun minum petang kami sekeluarga.Bercakap pasal pisang goreng ni...saya ada satu cerita.Selalunya kalau buat pisang goreng ...kerangupan tepung salutannya tak sama cam kita beli kat kedai...so sayapun cuba cari resipi pisang goreng rangup kat internet dan terjumpalah satu blog yang saya kira pemiliknya sangat terkenal di kalangan bloggers...bila dia kata goreng pisang akan jadi rangup bila guna resipi tu maka sayapun teruja untuk menerainya....tapi hampa sebab salutan tepung gorengannya lebih teruk dari yang saya pernah buat sebelum ni..(resipi main campak2 jer)...   sekejap jer dah lemau....akhirnya saya teringat untuk mencuba adunan tepung Roti Goreng Rangup yang saya pernah buat resipinya..lihat diSINI
alhamdulillah pisang goreng saya menjadi sangat rangup...so kalau pembaca diluar sana yang kebetulan ada pisang kat rumah bolehlah cuba buat pisang goreng sendiri...selain sedap, boleh menjimatkan perbelanjaan sara hidup kita yang semakin hari semakin meningkat...


ni le rupa pisang kelat lega..




Sekadar renungan

Rasulullah bersabda,
"Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah"
(HR.Anas bin Malik)



Jom Try Buat
Post a Comment