Monday, 14 December 2015

PAU GEBU YANG SANGAT SEDAP

Alhamdulillah..... akhirnya saya telah berjumpa resipi kuih pau yang lembut dan gebu hasil kunjungan saya ke blog yatiememories....sebelum ni saya dah beberapa kali buat kuih pau tapi hasilnya tidak begitu memuaskan hati.....akhirnya sayapun dah boring nak buat kuih  pau lagi......tetapi dalam keadaan cuaca yang sejuk ni......anak2  selalu minta saya buatkan kuih pau ni.....ye la time cuti2 sekolah ni asyik nak makan jer.....lalu saya mencari beberapa resipi kuih pau ni dalam beberapa blog..dan saya berkenan dengan resipi kuih pau yatiememories ni....selain cara membuatnya yang simple, bahan2nya pun senang nak dapat.....ada sesetengah resipi tu saya tengok bahan2nya saja dah tutup mood nak mengepau......  ....Saya suka buat pau yang besau2 ...nak kasi sama cam beli kat kedai....dapat la 23 biji...kalau kat kedai dijual 1.50 sebiji...bayangkan berapa dah kita boleh jimat....oleh sebab pau yang saya buat ni banyak. dan tak habis dimakan.... saya bawak ke sekolah  yang kebetulan result pt3 kuar ari tu.....seronok tgk kengkawan dok makan pau hasil air tangan sendiri...terima kasih pada yatiememories kerana telah berkongsi resipi kuih pau yang lembut dan gebu nih...



 PAU GEBU YANG SANGAT SEDAP
Sumber:Yatiememories
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan2:
1 kg tepung gandum-saya guna tepung pau
1 sdt baking powder diayak bersama tepung gandum

Bahan dilarut bersama:
1 sdt garam
1/2 cawan minyak masak
2 1/4 cawan air
11 gm yis
1 sdm gula
2 sdm susu pekat
1 biji telur

*Inti pilihan-saya guna inti kacang merah yang ready made



Cara2:
1.Dalam mangkuk besar,ayakkan tepung bersama baking powder.
2.Kacau bahan diatas hingga gula larut.
3.Tuangkan sikit2 ke dlam tepung hingga doh tak melekat ditangan.Kalau lembik taburkan sedikit tepung.Biarkan selama 5 minit.
4.Ambil sedikit doh,leperkan dan masukkan inti pilihan,kemaskan dan alaskan dengan plastik/kertas minyak yang dipotong kecil.Susun dalam loyang dan jarak2kan sedikit.
5.Biarkan hingga doh naik 1 kali ganda (jangan terlalu naik,dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus.
Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit sahaja).Balut tudung pengukus.

 Tepung pau yang saya gunakan.
 Selepas diadun rehatkan doh selama 5 minit.
 Masukkan inti,alas dengan kertas minyak dan biarkan doh naik 1 kali ganda.
 Kukus selama 7 minit.
Sedia untuk dihidangkan.


Tips untuk menghasilkan pau yang gebu
Melalui pembacaan saya, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian supaya kuih pau jadi gebu dan sedap macam yang jual kat kedai tu.....antaranya:

*Gunakan tepung pau supaya rupanya putih gebu,kalau guna tepung gandum warnanya agak kekuningan.
*Semasa mengukus gunakan api yang sederhana supaya tidak terlalu banyak wap keluar.
*Balut penutup kukusan supaya air tidak menitik ke atas pau.
*Bila pau dah masak,angkat loyang pengukus bersama tudungnya sekali ,barulah dibuka tudungnya supaya pau tidak terkejut dengan penurunan suhu yang mendadak...
*Pau tidak boleh dikukus terlalu lama....masa mengukus yang ideal adalah antara 5-7 minit sahaja....jika tidak permukaanya akan mengecut..


Jom Try Buat...
Post a Comment