Tuesday, 24 November 2015

RENDANG DAGING

Rendang Daging ini saya sediakan sempena anak lelaki saya Zaim berkhatan baru ini .Saya masak sebanyak 2 kilo daging lembu untuk dimakan bersama dengan pulut kuning, untuk resipi pulut kuning sila rujuk disini....saya jarang masak rendang kalau hari biasa..hanya buat time tertentu jer...tapi rasanya tetap sedap walaupun jarang2 buat...huhuhu....anak perempuan saya berulang2 kali makan pulut kuning ni cicah rendang daging...kebetulan adik ipar yang bekerja di KL pulang bercuti dan bertandang ke rumah kami.Sempatlah mereka menjamu selera dengan rendang dan pulut kuning yang saya buat ni...sebelum mereka  pulang  saya bekalkan juga untuk MIL.
Rendang daging yang saya buat ni tak ikut mana2 resipi pun...main letak jer bahan2nya ikut terlintas dalam kepala..sebab dah boleh agak bahan2 asas untuk masak rendang ni.... walaupun saya buat 2 kilo daging tapi resipi kat bawah ni untuk sekilo daging jer tau...kalau nak masak lebih cuma gandakan sahaja bahan2nya...jom semak resipi rendang yang saya masak ni


RENDANG DAGING
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu dipotong kecil
1 kg santan 
15 ulas bawang merah*
5 ulas bawang merah*
15 biji cili kering-potong kecil dan rendam air panas sekejap*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
3 batang serai*
kisar halus bahan yang bertanda *
2 sdm biji ketumbar
1 sdm jintan putih
1 sdm jintan manis
Sangai ketiga2 bahan diatas hingga wangi kemudian kisar halus
4 helai daun kunyit dihiris halus
5 helai daun limau purut dicarik2kan
1 keping asam gelugor
1 keping gula melaka
5 sdm kerisik
Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya


Cara menyediakannya:

Potong kecil2 daging,cuci dan toskan.

Sangai biji ketumbar,jintan manis dan jintan putih hingga wangi dan kisar halus.

Bahan2 yang telah dikisar halus.

Panaskan minyak dan tumislah bahan kisar hingga wangi.

Kemudian masukkan daging dan kacau sebati.

Masukkan bahan2 rempah ratus yang dikisar tadi.Masaklah hingga keluar air daging.

Bila daging sudah kecut dan airnya hampir kering barulah dimasukkan santan.Kacau sebati...masukkan asam keping,gula melaka,garam gula,serbuk perasa dan masaklah selama 20 minit.

Bila rendang dah agak pekat masukkan daun kunyit,daun limau purut dan kerisik.Gunakan api yang kecil dan biarkan merenih selama 30 minit hingga kuahnya agak kering sedikit.Time ni perlu sentiasa kacau rendang supaya tidak hangit tau...
 
Sesuaikan rasa...agak2 dah hampir kering kuahnya tutup api.Saya sukakan rendang yang basah2 skit...kalau nak rendang yang kering kacau lagi hingga menepati citarasa masing2.

Dah siappp..
Wallla....memang ngam sangat makan dengan pulut kuning....



Jom Try Buat...
Post a Comment