Wednesday 18 November 2015

BUBUR CHA CHA

Salam semua.....Bubur Cha Cha kat atas tu buatnya minggu lepas...hari ni baru nak share resipi kat sini.Entah kenapa masa pegi pasar hari tu tiba2 jer terpandang bubur chacha segera ni.Laju jer tangan capai 1 paket...pastu hubby tanya nak buat apa dengan benda "tu"....buat bubur cha cha ler saya jawab.Sebenarnya hubby tak pernah lagi makan bubur cha cha yang ready made dan warna warni ni.Sebab kalau kat Kelantan terutamanya pada bulan posa bubur chacha yang dijual tu tak berkaler2 camni.Saya sendiripun sebelum ni tak pernah makan bubur chacha yang kaler2 ni..reti makan bubur ni masa belajar kat Penang dulu.Housemate yang luar dari Kelantan le yang ajar saya camna nak buat bubur chacha ni.Maklumlah balik kuliah ni perut sentiasa lapar, so caranya buatlah bubur ni...lagipun kosnya murah jer....kena berjimat cermatlah skit nanti tak cukup pulak duit pinjaman JPA tu...kikiki.Untuk memeriahkan lagi bubur cha cha ni saya letakkan ubi keladi dan ubi keledek.Kalau nak kasi cantik bubur cha cha tu guna ubi keledek yang kaler purple tu...tapi saya cari tak jumpa la plak...so guna mana yang ada jer lah...tak sangka pulak hubby dan anak2 saya suka bubur cha cha ni walaupun kali pertama mereka merasanya....kalau ada berminat nak try bubur chc cha ni lihat resipi kat bawah ye....

BUBUR CHA CHA
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
100 gm cha cha segera-direbus hingga lembut
300 gm ubi keladi dipotong dadu
2 ketul ubi keledek oren dipotong dadu-saya punya kecik jer so potong bulat2 jer la
2 ketul ubi keledek kuning dipotong dadu
4 cawan santan sederhana pekat-boleh tambah jika suka kuah lebih
2 keping gula melaka
Gula pasir -optional (saya tak guna sebab gula melaka tu dah cukup manis)
1 sdt garam
1 helai daun pandan dicarik2 dan disimpul


Ubi keladi,keledek yang siap dipotong

Ni la rupa cha cha kering ..kot2 ada yang tak kenal kan

Gula melaka,santan dan daun pandan



Cara membuatnya:

Rendam cha cha kering ni dalam air sejuk selama 10 minit sebelum di rebus.

Rebuslah cha cha ni hingga kembang dan lembut. Bila dah lembut angkat,masukkan ke dalam penyejat dan lalukan dibawah air paip sebelum ditoskan.

Rebus ubi keladi dan keledek hingga 3/4 masak.Kalau boleh rebus ubi keladi dulu,angkat,  barulah rebus ubi keledek sebab ubi keladi ni cepat empuk.Jika terlalu empuk rupanya tak cantik la...

Satukan santan ,gula melaka ,garam dan daun pandan kedalam periuk.Masak guna api sederhana hingga mendidih.

Kemudian masukkan cha cha dan kesemua ubi yang telah direbus tadi.Sesuaikan rasa.Biarkan mendidih sekali lagi selama 5 minit.Tutup api.

jom pekena Bubur Cha Cha barang semangkuk...
J
slurrpppp....bestnyerrr


Jom Try Buat

No comments: