Thursday, 15 October 2015

SUP TULANG RUSUK




Assalamualaikum wbt....kali ni nak kongsi Sup Tulang Rusuk la pulak.Buatnya beberapa minggu yang lalu tapi baru hari ni tayang kat sini.Tulang rusuk ni sebenarnya adalah baki dari daging korban 
Aidiladha yang lepas...dah tak tau nak masak pe ngan tulang rusuk ni ...so saya  buatlah sup.Memang sedap sangat sebab dagingnya lembut dan kuahnya memang kawww ler...mungkin  sebab saya gunakan tulang yang fresh...sampai berpeluh2 giteww hirup kuah sup yang panas2 serta pedas plak tuuu...jom semak resipi kat bawah ni..

SUP TULANG RUSUK
Oleh:MamaMiaKitchen


Bahan-bahan:
1 kg tulang rusuk-direbus hingga lembut dagingnya
1 bungkus sup bunjut
5 ulas bawang merah-dimayang
4 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia diketuk
Sedikit rempah 4 sekawan-kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga
1 sdt lada hitam ditumbuk
Garam,gula dan serbuk perasa

Bahan sampingan:
Daun sup dan daun bawang dihiris
Limau nipis-ambil jusnya
Bawang goreng
Cili padi-potong kecil2


Cara2:

Cuci bersih tulang dan rebus hingga lembut

Saya rebus menggunakan periuk Noxxa selama 40 minit jer menggunakan fungsi high pressure....memang daging sangat lembut.Kemudian saya pindahkan ke dalam periuk lain dan panaskan di atas dapur gas plak..pastu masukkan halia,bawang putih,sup bunjut,rempah 4 sekawan dan 
lada hitam tumbuk.

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang dimayang hingga garing.

 Masukkan bawang  ke dalam periuk rebusan tulang bersama minyaknya sekali.Sesuaikan rasanya dan tutup api.


Taburkan hirisan daun sup,daun bawang,bawang goreng,cili padi dan perahkan limau nipis ke dalam sup sewaktu menghidang..




Jom Try Buat...






Post a Comment