Wednesday 21 October 2015

PULUT KUNING UNTUK NIK MUHAMMAD FARIS

Dah lama benar saya tak buat pulut kuning nih...seingat saya kali pertama membuatnya 4 tahun yang lepas.
Saya memang tak reti kalau bab buat pulut kuning sebab saya memang tak suka makan pulut kuning...tak tau kenapa...tapi kalau pulut pagi pulak tersangatlah suka huhuhu...Apapun cubaan saya membuat pulut kuning kali pertama tu menjadi dan dapat pujian dari kengkawan...itupun selepas bertanyakan mak melalui telefon jer...sebenarnya mak saya sangat pakar bab memasak pulut kuning nih...selalu mendapat tempahan dari orang2 kampung...tapi saya tak berminat pulak untuk menuntut ilmu darinya...kali ni anak lelaki saya yang berumur 7 tahun Nik Muhammad Faris telah tamat Qiraati 5 dan ustazah tempat mengajinya telah meminta saya sediakan pulut kuning ...adusss...kena buat pulut kuning woii...kalau mintak kek ok gak ler. hihii...sebenarnya saya boleh tempah jer...tapi itulah angin orang minat masak ni mana suka tempah2... kalau yang betul2 tak leh buat baru saya tempah kalau tak semuanya nak buat sendirik....seperti biasa call mak tanya cara2 nak buat pulut kuning nih...sebab dah penah buat kira tak le kalut sangat....saya buat 3 kg pulut...2 kg saya akan hantar ke tempat Faris mengaji dan 1 kg lagi nak buat pot luck kat sekolah....alhamdulillah pulut kuning saya menjadi dengan jayanya...hubby dan anak2 dok puji sedap....sebab diorang tu  memang suka makan pulut kuning hihihihi.....terima kasih mak...lepas ni anak mak bolehlah ambil tempahan pulut kuning pulak kikiki...


PULUT KUNING
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan2:
3 kg beras pulut dicuci dan rendam
3 1/2gelas santan pekat
3sdm garam
6 sdm gula pasir
Pewarna kuning secukupnya-saya guna pewarna kuning limau 2 kotak





Cara-cara:


Saya guna beras pulut Cap Angsa Emas...memang puas hati

Rendam beras pulut bersama pewarna kuning selama 5 jam.

Toskan beras pulut.

Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20-25 minit 

Angkat pulut tadi dan masukkan ke dalam bekas besar.
Masukkan santan pekat yang telah dicampurkan dengan garam dan juga gula.Gunakan sudip kayu untuk mengarung pulut ini supaya sekata selama 15 minit.

Kemudian masukkan semula pulut yang telah diarung ke dalam periuk kukusan dan kukuslah  selama 15-20 minit lagi.

Saya sediakan rendang ayam dan serunding daging untuk dimakan bersama pulut kuning nih.

Siap tapau untuk dihantar ke tempat Faris mengaji.


Nota:
Pulut Kuning saya ini dikukus sebanyak 2 kali supaya pulut lembut dan lambat basi.
Pulut Kuning perlu rasa masin dan manis yang seimbang baru sedap rasanya .
Petua untuk dapatkan pulut yang berkilat .semasa merendam beras pulut tu masukkan sekeping asam gelugor.

 



Jom Try Buat

No comments: