Wednesday, 21 October 2015

OREO BUTTER CAKE


Ketika BW, saya singgah ke blog fizalgk nampak cam sedap jer Oreo Butter Cake .Hati terus berkenan untuk mencubanya.Kebetulan stok biskut Oreo memang sentiasa ada kat dapur... sebab selalunya anak2 saya suka makan Agar2 Milo Oreo.Bahan2 yang lain pun dah ada...so memang kena buatlah nih.Bagi saya Oreo Butter Cake ni rasanya biasa2 jer..cuma ditambah biskut Oreo..maka nampaklah kelainannya...satu lagi pada pandangan saya cream pada biskut Oreo tu perlu dibuang supaya kek tak terlalu manis....apapun itu hanya pandangan saya jer...kalau anda nak ikut resipi yang asal tak de masalah....terima kasih pada fiza atas perkongsian Oreo Butter Cake ni...jom lihat resipinya....




OREO BUTTER CAKE
Oleh :fizalgk
Olahan semula:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:

 200 gm mentega
200 gm gula halus
4 biji telur gred A-saya guna 5 biji gred B
200 gm tepung naik sendiri*
1 sdb serbuk koko*
8 keping biskut Oreo dicincang kasar bersama krimnya sekali
3 keping biskut-cincang kasar untuk tabur-saya letak sekeping2
1 sk esen vanila

Cara-cara:

Satukan mentega,gula dan esen vanila.

Pukul hingga berkrim.

Masukkan telur sebiji demi sebiji.

Saya guna biskut Oreo Chocolate Cream.

Masukkan biskut oreo yang telah dicincang kasar dan gaul rata.

Masukkan campuran tepung dan gaul sebati.

Tuang ke dalam loyang yang telah dialas baking paper dan susun biskut Oreo di atas permukaannya.Bakar selama 45 minit suhu 170 celcius.

Baru kuar oven..
Sejukkan sebentar sebelum dipotong
Jemput tengokkkk...




Jom Try Buat
Post a Comment