Saturday, 31 October 2015

DALCA DAGING




Salam sejahtera buat semua pembaca yang sudi mengunjungi blog saya 
 
 Baru2 ni kami semua sepakat untuk mengadakan pot luck di bilik guru.Almaklumlah sekarang ni keja kami dah tak banyak sangat bagi guru2 yang mengajar tingkatan 3...sebab PT3 sudahpun berakhir cuma tinggal nak semak kertas jer...tapi itu tidak menghalang  hajat kami untuk buat makan2 nih.Selalunya saya suka sediakan dessert saja tapi kali ni berubah angin pulak...nak masak lauk..memandangkan daging korban masih ada skit lagi kat dalam freezer tu membuatkan saya terfikir untuk buat Dalca Daging...malam tu saya dah masak siap2 cuma pagi esok jer saya kena bangun awal untuk panaskan balik dan letakkan sayur jer...kalau letak awal2 nanti sayur tu dah lembik dan  dah tak sedap bila dimakan.Ramai kawan2 yang puji sedap sangat dalca yang saya masak tu...sampaikan ada sorang cikgu tu  cakap sebijik cam masakan arwah ibunya membuatkan dia  tiba-tiba teringat akan masakan arwah ibunya...alahai terharunya...sebenarnya bukan pujian yang saya harapkan cuma niat nak jamu kawan2 makan jer....macam biasa saya ni masak main ikut gerak hati jer..tak de ikut mana2 resipi...berdasarkan pemerhatian saya semasa tolong mak masak kat dapur jer...alhamdulillah boleh saya praktikkan ilmu ni bila dah berkeluarga....jom lihat resipinya


DALCA DAGING
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
1 kg daging lembu tempatan-dipotong kecil,cuci dan toskan
2 liter santan
10 ulas bawang merah dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia dimayang
3 sdm rempah dalca dibancuh bersama sedikit air panas
1 keping gula melaka
2 keping asam gelugor
Garam ,gula secukup rasa

Sayur-sayuran:
2 biji terung dibelah dua dan potong serong
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 batang karot dipotong batang mancis
15 biji kacang bendi
1 paket jagung muda-dipotong serong


Cara-cara:


Potong daging kecil2 ,basuh dan toskan.

Bawang merah,bawang putih,halia yang telah dimayang bersama rempah dalca.

Bancuh rempah dalca dengan sedikit air panas dan kacau biar sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dimayang hingga kekuningan dan garing.

Masukkan rempah dalca dan kacau hingga sebati.Rempah ini perlu ditumis agak lama sedikit supaya betul2 masak..boleh tambah sedikit air jika agak kering dan gunakan api kecil lebih kurang 10-15 minit.Perlu kacau sentiasa supaya rempah ini tidak hangit.
 
Seterusnya barulah masukkan daging.Gaul sebati supaya rempah menyaluti daging.Masaklah sehingga air daging tinggal sedikit sahaja dan daging kelihatan kecut..juga perlu sentiasa dikacau...

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih..kecilkan api dan bolehlah dimasukkan garam,gula,asam gelugor,gula melaka.Masaklah selama 20 minit supaya daging benar2 lembut.Sesuaikan rasanya...jika ingin dimakan terus bolehlah dimasukkan semua sayur-sayuran yang keras dahulu barulah diikuti sayur lembut yang paling akhir....

Sayur-sayuran yang saya gunakan.

Potong karot seperti batang mancis dan jagung secara menyerong.

Siap....untuk dibawa ke sekolah.



Jom Try Buat......
Post a Comment