Thursday, 15 October 2015

KEK STRAWBERRY SIMPLE

Kek Strawberry Simple ni terhasil disebabkan stok buah strawberry yang saya beli masa bercuti kat Cameron aritu masih banyak lagi duk terperap kat dalam fridge.Nak makan dah tak larat lagi dah...sebelum buah ni jadi busuk saya mesti buat sesuatu...so saya bertanyakan encik google dan terjumpa resipi Kek Strawberry Simple ni kat blog fizalgk...bila saya amati bahan2 yang diperlukan semua dah ada kat dapur ni..hmmm  apalagi bermulalah operasi mengekek ni....hasilnya tidak mengecewakan....memang sedap .... tapi macam biasalah saya ni suka ejas skit resipi yang asal ikut keselesaan saya...  apapun.terima kasih bebanyak kepada fiza dan saya mohon share resipinya disini ye...


KEK STRAWBERRY SIMPLE
Sumber:fizalgk
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan2:

250 gm tepung naik sendiri-saya gantikan dengan tpg gandum diayak bersama 1 sdt baking powder
250 gm mentega
200 gm gula kastor
5 biji telur gred A-saya gunakan 6 biji gred B
50 ml susu segar-saya gantikan dengan 1 sdm susu tepung dibancuh dengan sedikit air suam
1 sdb pes strawberry
1 sdt esen strawberry
Buah strawbwerry segar untuk hiasan secukupnya

Untuk topping

Cream Cheese
1/2 cawan cream cheese
1/2 cawan mentega tawar
1/2 sdt esen vanilla
1 cawan gula aising
1/4 cawan strawberi dicincang

Masukkan cream cheese,mentega,esen vanila dan pukul rata.Masukkan gula dan pukul hingga gebu dan berkrim.Siap untuk dihias diatas kek dan lapis dengan strawberry cincang.
Saya gantikan  toping cream cheese dengan butter cream sebab dah ada stok kat dalam fridge.

Cara2:
Pukul gula dan mentega hingga gebu.

Pecahkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi.

Masukkan esen strawberry dan juga pes strawberry.Pukul hingga rata.

Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.

Akhir sekali masukkan susu segar....

Masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.Bakar selama  45 minit atau(bergantung kepada oven) sehinggamasak pada suhu 180 C.
Bila kek dah masak sejukkan di atas redai dan biarkan kek betul2 sejuk.Potong kek kepada 2 bahagian.

Buah strawberry yang saya beli masa bercuti kat Cameron.

 Sapukan butter cream pada keseluruhan kek ..kemudian taburkan buah strawberry cincang
Letakkan sekeping kek lagi ke atasnya dan saluti keseluruhan kek dengan butter cream.

Hiaskan dengan buah strawberry segar.

ermm walla....sedapnyerr...



Jom Try Buat..

Post a Comment