Wednesday, 16 September 2015

SIRA PISANG NANGKA


Dua hari lepas hubby membawa pulang sesikat pisang nangka yang diambil disekolahnya.Dalam hati saya dok  berkira2 nak masak apa erkk...memula tu ingat nak buat pengat tapi santan plak takde...malas nak kuar pegi beli...so saya buat sira jer lah...bila saya check cuma 4 biji jer yang sudah masak yang lain masih keras lagi buahnya....oleh sebab buahnya besar buat 4 bijipun dah banyak....bila dah masak anak2 suka sangat ...sekejap jer dah licin...sebenarnya nak buat sira pisang ni ada bermacam versi...ada yang kena masak air gula dulu pastu baru masukkan pisang...versi saya ni pakai letak semua bahan dalam periuk sekaligus pastu masak dengan api perlahan....siap...nak tengok resipinya ....tu kat bawah nooo

SIRA PISANG NANGKA
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
4 biji pisang nangka-dibelah dua dan potong
6 sdb gula pasir-boleh tambah/kurang jika suka
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan-carik dan simpul
Sedikit pewarna kuning
1 sdt garam
3/4 cawan air-bacuh bersama pewarna kuning

Cara-cara:

1.Pisang dibelah dua dan potong kepada 2 atau 3 bahagian.

2.Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masaklah menggunakan api yang perlahan selama 10-15 minit hingga masak.Air dimasukkan kemudian sekali supaya menutupi keseluruhan pisang untuk warna yang cantik dan sekata.

siapppp......


Jom Try Buat...
Post a Comment