Sunday, 20 September 2015

Cuti-cuti Malaysia Cameron Highlands


Cuti sekolah dah pun bermula....so apalagi bawak anak-anak pegi bercuti la...kali ni kami sekeluarga amik angin sejuk di Cameron Highlands...agak lama jugak le tak ke CH..kali terakhir pegi tahun 2013...anak perempuan saya dah beberapa kali ajak pegi jenjalan kat CH ni...tetapi kami menunggu masa yang sesuai jer...kalau pegi CH ni saya lebih suka pegi pada cuti hari minggu ...bukan ape tak ler jammed teruk..kalau time cuti sekolah ni paham-paham jer lah seluruh Mesia dok serbu kat sini...namun kali ni kami memilih tuk pegi time awal cuti sekolah...ari Jumaat dah start cuti ...negeri2 lain masih lagi sekolah...so tak le jammed lagi.Kami bertolak jam 8.30 pagi...mula2 tu janji nak konvoi 3 buah keta...iaitu kawan2 sekolah hubby...last minit yang sorang tu ada hal  pulak..so kami pegi dua buah keta jer la...kul 1 tghari tiba kat CH....wow banyak sangat perubahan kat sini  terutamanya bangunan2 komersial bagai cendawan tumbuh selepas hujan....ermmm terasa nyaman sangat dapat sedut angin sejuk nih....kali ni kami duk kat apartmen 3 bilikdi Tanah Rata.... ermmm selesa sungguh, nak masak pun boleh sebab disediakan peralatan memasak yang lengkap... siap dengan kuali,periuk belanga, fridge,periuk nasi,dapur gas dan iron pun adaa ...tuan rumah dah cakap tok sah risau ler sebab dia cuma sewakan apartmen ni untuk yang beragama Islam jer...mula2 tu curiga gak le kan.....lagipun pemiliknya ore Kelate...so meme tak dok hal lah...sebelum2 ni dok kat hotel jer....memang jauh bezanya.....pasni kalau nak datang CH lagi ...memang  nak booking apartmen ni.....reganya jauh lebih murah berbanding kat hotel...kalau hari biasa RM 180..time cuti sekolah  atau hari minggu RM250 semalam...memang berbaloi sangat.. Kali ini kami pergi ke tempat yang baru dibuka iaitu di Taman Lavender...kalau tak silap saya dekat dengan Tringkap...memang terpukau dengan keindahan pelbagai jenis bunga2 yang tak jemu mata memandang......siap petik buah stoberi lagiiii.......tempat2 lain tu macam biasa la ..kami ke Taman Agro Teknologi Mardi makan aiskrim stoberi dan borong jem stoberi sebagai ole2 kat jiran2.....menikmati  permandangan ladang teh di Cameron Bharat .... lepas tu bawak anak2 borong keychain kat pasar malam.... ...otw nak balik tu tu...acara wajib singgah di Kea Farm borong jagung mutiara dan pelbagai sayuran segar serta borong sakan buah stroberi yang fresh sangat....   sebab hajatnya nak wat asikrim stoberi.......kami pegi semalaman jer ,ari Sabtu dah balik....sebab banyak sangat  jemputan kenduri kawin time cuti sekolah nih...tu pun yang ari Sabtu tak sempat  pegi...sampai umah dah petang...so dah penat tak de mood nak pegi tempat kenduri ....lagipun bermula Ahad dah ada tempahan kuih  untuk majlis kenduri.....ok lah tak mau celoteh panjang sangat...jom layan gambar2 yang sempat dirakam sepanjang berada di CH....zassssssss...

apa2 pun posing dulu weiii

layan anak2 makan aiskrim stoberi kat Tmn Agro Teknologi Mardi

Damia geram nak petik buah stoberi

ladang teh Cameron Bharat

penat round ladang teh...pekena teh ais ....Damia lak sibuk dok layan Oreo CheeseCake

 Skon dan Oreo CC kat cafe ladang teh Cameron Bharat...sedap Skon tu tambah plak makan dalam cuaca sejuk

cadang nak beli pokok morning glory......lepas tinjau2 tak beli pun....hihihi

memula sampai kat  Taman Lavender ni...posing dulu

menikmati asikrim stoberi kat Taman Lavender...serius sedappp...tambah2 makan bersama buah stoberi fresh

petik stoberi kat Taman Lavender ...

posing dulu sebelum bayar.....anak2 dah tak sabar nak ngappp......
terasa cam duk di ober sea la weiiii....cantik sesangat

Damia dan Faris dah tunjuk muka keletihan lepas "tawaf" kat Taman Lavender nih.....

bunga kekwa yang pelbagai warna memang lawoooooo

boleh petik sendiri...RM 2sekuntum...

bunga kekwa yang pelbagai warna memang menarik minat sesiapa saja...



Post a Comment