Sunday 13 September 2015

AGAR-AGAR PELANGI


Salam semua....sebenarnya dah seminggu lebih saya drafkan Agar-agar Pelangi ni untuk dijadikan entry..tapi disebabkan minggu ni bz skit so hari ni baru berkesempatan untuk update blog...ermmm citer pasal Agar2 Pelangi ni memang mendapat sambutan yang hangat setiap kali saya membuatnya....kiranya Agar2 Pelangi ni menjadi salah satu kegemaran anak2...kalau untuk tempahan pun agar2 ni memang menjadi pilihan...mungkin sebab warnanya yang menarik selain rasanya rasanya yang sedap...tambah2 bila dimakan sejukkk...terima kasih pada Hasue yang  kerana telah berkongsi resipi ni siap tunjuk step by step lagi camna nak buat Agar2 Pelangi nih. Menurut Hasue dia mendapat resipi ni daripada Alma@myr...sebelum ni saya pun blurr jugak camna la buleh jadi cantik camni...bila tengok dalam blog Hasue barulah faham dan berjaya hasilkan agar2 yang cantik camni....semoga kalian mendapat ganjaran  pahala yang berlipat kali ganda dari Allah SWT...Kali ni saya buat Agar2 Pelangi ni sebagai buah tangan untuk  majlis naik rumah baru rakan sejawat yang kini telahpun bertugas di sekolah baru..jadi saya telah gandakan adunan ini ...bagi anda yang ahli keluarga kecil boleh buat satu adunan jer...jom semak resipinya


AGAR-AGAR  PELANGI
Sumber:Hasue,Alma@myresipi.com
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:
10 gm agar2 serbuk
650 ml air-saya guna 4 cawan air
200 gm gula pasir (boleh tambah atau kurangkan)
60 gm mentega-saya letak 2 sdm marjerin
1 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sdm tepung kastard
1 sdm serbuk koko
1/2 sdt esen vanila
pewarna merah,hijau secukupnya
pewarna coklat-saya tambah
Secubit garam


Cara-cara:



1.Masak agar2,air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.

2.Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung kastard dan kacau hingga adunan ini sebati kemudian tapis.
3.Setelah ditapis,satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata,serta masak semula hingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan esen vanila dan kacau rata.Tutup api.

4.Bahagikan adunan kepada tiga  mangkuk (sama banyak)kena sukat la ye.Bubuh serbuk koko yang telah dibancuh dengan sedikit air panas ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau rata.Adunan yang dalam dua mangkuk lagi diletakkan pewarna merah dan hijau.

5.Sengetkan loyang/bekas acuan.Biar satu hujung tu tinggi.Saya lapik dengan kain tuala untuk tinggikan bekas acuan.
6.Mula2 tuangkan satu senduk adunan warna hijau ke dalam loyang (dihujung yang paling rendah tu ler).Adunan akan menggolongsor turun ke bahagian rendah dengan kuasa graviti..

7.Susuli pula dengan menuang adunan warna merah dan coklat dari atas/tengah loyang dengan perlahan2..

8.Ulang buat macam ni sampai semua adunan habis.Bila  adunan hampir habis,takde tempat nak "gelongsorkan" adunan tu kat lantai loyang...jadi "gelongsorkan" dari dinding loyang pula...ini untuk memastikan ia tetap membentuk pelangi.Kalau buh direct kadang2 warna tenggelam...yang menitik2 tu boleh je kemaskan kemudian ye....dah siap letakkan semula loyang ke kedudukan asalnya.Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam fridge.

taraaa....siap


enak dimakan selepas kuar dari fridge....


Nota:
1.Saya gunakan senduk yang sama besar supaya sukatannya sekata.
2.Saya letakkan sedikit pewarna coklat ke dalam adunan yang bercampur serbuk koko supaya warnanya cantik.
3.Perlu dibuat berhati2 untuk mendapatkan rupa yang menawan...


Jom Try Buat

No comments: