Sunday, 16 August 2015

SIAKAP MASAM MANIS


Siakap masam manis ni saya masak untuk hidangan berbuka puasa pada Ramadan yang lalu...hari ini baru berkesempatan untuk dimasukkan ke dalam blog..Resipinya saya ambil dari blog fizalgk..ermm makan sampai bertambah-tambah nasi you...pastu siap ratah lagi ikan tu sampai ke tulang sebab sedap sangat... hubby dan anak-anak pun puji  sedap...so pada pembaca yang ingin mencuba resipi siakap manis manis ni ...saya sertakan resipinya di sini... saya juga ada buat beberapa penambahan ke atas resipi ni mengikut citarasa saya.....sebelum tu nak ucapkan  berbanyak terima kasihlah pada tuan empunya resipi ni kerana sudi berkongsi resipi yang senang dan sedap untuk disediakan....



SIAKAP MASAM MANIS
Sumber:fizalgk.blogspot
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
4 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang holland-hiris kasar
1/2 batang lobak merah-potong batang mancis
4 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
2 sdb sos tiram-saya tambah
1/2 cawan air-(tambahkan sedikit jika ingin  kuah lebih)
1/2 tangkai cili merah-hiris nipis
30 gm nenas-potong dadu
20 gm lada benggala-tak letak
Garam,gula,lada sulah secukupnya
Tepung jagung secukupnya-saya tambah
Hirisan daun sup,daun bawang-optional


Cara-cara:

1.Cuci ikan bersih,buang sisik dan kelar-kelarkan ikan serta dilumur dengan sedikit garam.Kemudian lumurkan tepung jagung pada kedua-dua belah bahagian ikan.Tujuannya supaya ikan ni rangup bila kita makan nanti ye..
2.Panaskan minyak secukupnya dan gorenglah ikan ini hingga garing.
3.Bila sudah garing,angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
4.Dalam kuali yang lain,panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga wangi,kemudian masukkan lobak merah dan bawang holland.
5.Setelah kedua-duanya layu masukkan semua sos dan air.Kacau sebati.Perasakan dengan garam,gula,lada sulah.Masukkan cili,nenas dan lada benggala.Kacau sebentar hingga mendidih dan matikan api.

6.Tuang kuah ke atas ikan.Jika suka boleh letakkan hirisan daun bawang dan daun sup untuk membangkitkan selera.Siap.




Jom Try Buat....
Post a Comment