Friday, 14 August 2015

NASI BERIANI RINGKAS DAN SEDAP


Sudah agak lama kami sekeluarga tidak menikmati nasi beriani.Oleh sebab cuti hari minggu, maka hubby cadangkan supaya masak nasi beriani tuk makan tengahari....terasa pelik jugak sebab hubby sebenarnya tak  berapa suka sangat makan nasi yang berperisa bagai ni...dia lebih suka makan nasi putih jerr..tapi takde masalah sebab saya dan anak-anak memang suka sangat makan nasi beriani ni...resipi ni sebenarnya saya tak rujuk mana-mana sumber pun...ikut kepala saya jer....tapi hasilnya sangat memuaskan...apa yang penting nasi ni tak muak walaupun dimakan acap kali.....nasi beriani ni saya gandingkan bersama kuah dalca, acar timun dan sambal belacan.... bagi pembaca yang ingin mencuba nasi beriani versi saya, resipi kat bawah ni ye....


NASI BERIANI RINGKAS DAN SEDAP
Oleh:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

1 ekor ayam-dipotong kecil
1 labu bawang besar-potong dadu
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(kisar)
3 sdm rempah beriani
2 sdm sos tomato
3-4 cawan air (ikut kepakatan kuah yang dikehendaki)
Garam,gula secukupnya


Cara-cara:
1.Ayam dibersihkan dan tos.Lumur dengan garam kunyit dan digoreng 3/4 masak.
lumur ayam dengan garam kunyit

goreng 3/4 masak

sudah siap digoreng

saya gunakan rempah beriani Adabi

campurkan bahan kisar dan rempah beriani dan gaul sebati
 2.Panaskan minyak lebihan menggoreng ayam tadi dan tumiskan bawang besar hingga wangi dan garing sedikit.
gunakan minyak untuk menggoreng ayam bagi menumis bawang besar
 3.Masukkan rempah beriani bersama bahan kisar yang telah digaul   dan kacau hingga sebati...rempah ini perlu dimasak agak lama sedikit lebih kurang 10 minit...baru masukkan air,sos tomato,garam dan gula secukup rasa dan kacau hingga kuah agat pekat sedikit baru masukkan ayam.
kemudian masukkan pes beriani
 4.Gaul ayam sebati dengan kuah dan tutup api.

siapppp.....



Nasi
4 cawan beras basmathi (saya guna beras Siam)
5 cawan air-(bergantung pada beras yang digunakan)
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan- disimpul


Cara-cara:
cuci beras dan toskan

masukkan beras,dikuti dengan ayam
masukkan beras lagi ,dan letakkan ayam pada lapisan atas..masukkan air dan susu cair serta daun pandan dan masak seperti biasa


Apabila nasi sudah masak,terbalikkan periuk nasi kedalam bekas yang besar dan lebar contohnya dulang.Hiaskan dengan daun sup dan hirisan tomato jika suka.

nasi ni saya gandingkan bersama dalca simple,acar timun dan sambal belacan...

Nota:
1.Sukatan air bagi beras Siam ialah 1cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.
2.Alas dasar rice cooker dengan daun pisang untuk mengelakkan nasi berkerak.
3.Kuah beriani ayam tidak perlu dimasukkan semua..untuk mengelakkan nasi terasa muak.so pandai-pandailah adjust nak masukkan banyak mana ye.....




Jom Try Buat.....

Post a Comment