Monday 10 August 2015

NASI AYAM PALING SEDAP!


Alhamdulillah...setelah sekian lama cuti berblog,akhirnya hari ini baru berkesempatan untuk meletakkan entry terbaru...sebenarnya terlalu rindu sangat nak menitip resipi kat blog ini,namun disebabkan kesibukan yang teramat maka saya terpaksa melupakan seketika blog ini...sekarang ni rasa dah lega sebab sudah selesaipun kerja-kerja berkaitan dengan Kajian Lapangan Geografi PT3...so time tu enjoyyy....hehehe...Oklah tak nak celoteh panjang sangat nanti jemu pulak pembaca di luar sana ekkk... Kali ni saya nak kongsikan resipi Nasi Ayam Yang Paling Sedap...pada tekak saya la...selama ni pun memang dah selalu sangat masak nasi ayam tapi kali ni saya jumpa resipinya yang agak lain sikit berbanding yang saya dok masak selama ni...resipi ni saya copy dari blogger terkenal ...iaitu Azie Kitchen yang mempunyai beberapa versi resipi nasi ayam.Menurut  Azie resipi ini diambil daripada blog Nani Rostam yang kalau tak silap saya emak kepada Hanis Zalikha...terima kasih kepada mereka berdua kerana telah mewar-warkan resipi nasi ayam yang paling sedap ni...so pada pembaca yang nak tau betul ke sedap nasi ayam ni jommm semak resipinya.. 


Nasi Ayam Paling Sedap
Sumber:Azie Kitchen/Nani Rostam
Olahan Semula:Mamamia Kitchen


Lauk Ayam:
1 ekor ayam-saya potong empat
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah

Bahan Perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

1.Kisar halia,bawang putih,bawang merah.Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

2.Didihkan air dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak.Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.Gantungkan ayam sekurang-kurangnya satu jam(saya tak gantung).

3.Goreng ayam secara deep fry sehingga minyak menenggelami ayam.Untuk lebih mudah,sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak.(saya tak ikut sebab ayam tu saya potong empat).Setelah ayam masak,angkat dan gantung untuk toskan minyak.Potong ayam dan hidang.


Nasi Ayam

Mentega
Sedikit minyak masak-saya tambah
Minyak ayam-saya tak letak
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*(tumbuk/kisar)
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)-tak letak
Susu full cream
Serbuk ayam-saya guna kiub pati ayam
Garam,gula
Rempah penumis-bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis

1.Basuh beras,tos dan letak dalam rice cooker.Didalam kuali masukkan mentega,tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang dikisar,bunga lawang,buah pelaga,kayu manis,daun pandan dan daun salam.(saya terus tumis dalam rice cooker).

2.Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi,susu full cream,garam,kiub pati ayam dan gula mengikut rasa.

3.Biarkan mendidih dan tutup api.Tuang ke dalam beras tadi,jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak nasi seperti biasa.Setelah nasi masak tabur bawang goreng atau daun sup dan sedia untuk dihidang.


Sambal cili
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sdt cuka
1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Sos tomato-optional

Blend cili merah,bawang putih dan halia.Masak dalam kuali.Masukkan gula,garam dan cuka secukup rasa.Tambah sedikit air rebusan ayam.Masak dengan api kecil sehingga pekat.

Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.Angkat.

Kuah Sup
Air rebusan ayam
Jeruk kubis-tak letak
Kiub pati ayam
Daun bawang-tabur
Daun sup-tabur
Bawang putih goreng-tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan dengan jeruk kubis,garam,kiub pati ayam.Letakkan potongan daun bawang,daun sup dan bawang putih goreng ketika menghidang.



perap ayam dengan bahan kisar selama 30minit
 
 
rebus ayam dengan air secukupnya sehingga setengah masak


perap ayam dengan bahan perapan

goreng ayam hingga masak









sedia untuk dihidang...


bahan-bahan untuk masak nasi ayam

cairkan mentega dan sedikit minyak masak dan tumis bahan tumbuk  

masukkan beras..kacau sebati

masukkan air rebusan ayam,susu full cream,kiub pati ayam,gula,garam


siap....

aksesori nasi ayam


jommm pekena nasi ayam.nyum..nyumm...nyumm





Jom Try Buat...

No comments: