Thursday 13 August 2015

LAKSA LEMAK KELANTAN


Kekadang tu terasa jemu jugak jika asyik masak nasi dan lauk pauk untuk hidangan makan tengah hari.Selalunya saya akan hidangkan laksa lemak ni tuk makan tengah hari ketika hari minggu ataupun ketika musim cuti persekolahan.Lagipun saya ni sebenarnya penggemar segala jenis laksa...tak kiralah laksa penang ke,laksa Johor ke,laksa Siam ke semua saya tibai...kalau buat apa-apa majlis kiranya menu laksa ni tak boleh tinggal...walaupun nasi merupakan menu utama...berlainan pulak dengan hubby dan anak-anak..diorang lebih sukakan laksam ..so tiap kali nak masak laksa ni saya juga kena sediakan laksam...kalau mood rajin tu saya buat sendiri la laksam ni,,,tapi kalau mood ke laut beli jer walaupun rasanya kurang memuaskan....saya lebih suka masak sendiri kuah laksa lemak ni walaupun kat Kelantan ni memang banyak dijual laksa/laksam siap dengan kuah dan ulamnya sekali... sebab kekadang kuah yang siap dijual tu tak berapa kena dengan selera saya...so jalan terbaik...masak sendiri baru tak sakit hati...
Jom semak kuah laksa lemak yang selalu saya buat ni...




LAKSA LEMAK KELANTAN
Oleh:Mamamia Kitchen


Bahan-bahan:

2 kg laksa basah


Kuah:

8 ekor ikan selayang direbus dan ambil isinya
2 cawan santan pekat
2 cawan air untuk tambahan (untuk sesuaikan pekat/cair)
1 labu bawang besar*
8 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci halia*(kisar)
1/2 sdt  lada hitam-tumbuk halus
2 keping asam gelugor
Garam,gula secukup rasa
Serbuk perasa


Cara-cara:

1.Blend isi ikan bersama air hingga halus.
2.Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
3.Jerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus,kalau tak kuah tu jadi cam telur ikan.
4.Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.Kacau hingga mendidih.Sesuaikan rasa,tutup api.

Ulam-ulaman:
Tauge
Kacang panjang
Timun
Bunga kantan
Kobis
Semua ulaman ini dihiris halus kecuali tauge


Sambal lada

Cili padi
Garam
Belacan
Tumbuk hingga lumat.Sesuaikan rasanya.


sedia untuk dinikmati



Nota:
1.Walaupun api telah ditutup kuah laksa perlu sentiasa dikacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
2.Jangan biarkan kuah terlalu lama atas api sebab  santan akan pecah minyak dan rasanya tidak umpph...
3.Jika kuah terlebih pekat boleh masukkan sedikit air panas.



Jom Try Buat...





No comments: