Thursday, 13 August 2015

KEK LUMUT


Pertama kali saya merasa kek lumut ni memang sedap tak terkatalah...dengan rasanya yang lembut,moist dan manisnya yang sedang elok ni memang kena dengan tekak saya dan juga semua orang dalam rumah ni... bahan-bahan yang diperlukan pun senang didapati tak macam sesetengah kek yang kekadang bahan yang diperlukan  sampai kena menjelajah beberapa buah bakeri huhuhu......memang tak sia-sialah saya mencuba resipi nih.. bagi keluarga yang ramai  saya cadangkan anda perlu gandakan resipinya supaya semua dapat merasa kek nih ...bukan apa takut tak cukuppp jerr....apapun terima kasih pada yatiememories dan Dayang Jack kerana berkongsi resipi kek yang sangat sedap ni......so bagi pembaca diluar sana yang tak pernah lagi pekena kek lumut ni jom le  try resipi kek lumut nih...



KEK LUMUT
Sumber: yatiememories, Dayang Jack
Olahan rasa:Mamamia Kitchen




Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum-diayak
1 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus
250gm mentega 
4 biji telur gred A
2 sdb seri kaya
1 sdb susu pekat manis
1sk esen vanila
pewarna hijau epal


Cara-cara:

1.Sediakan pengukus.Didihkan air.Griskan loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.

2.Pukul mentega bersama gula hangus hingga kembang dan berkrim.Gunakan kelajuan maksima.

3.Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana).Kemudian,masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi.Ulangi proses ini sehingga habis.

4.Masukkan susu dan seri kaya.Ratakan.

5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan horlicks dan gaul sebati.

6.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla.Sebatikan.

7.Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil.

8.Kukus selama 2 jam 30 minit.(tambah air panas jika air hampir kering)

 
sedia untuk dikukus


tadaaa....siapp
 
 



Jom Try Buat...
 
Post a Comment