Friday, 14 August 2015

AGAR-AGAR KENTANG


Agar-agar kentang ni saya buat untuk dibawa ke sekolah sempena pot luck di bilik guru...dah puas fikir nak masak apa akhirnya saya buat pencuci mulut je la...lagipun nak membuatnya tak de lah renyah sangat...resipi ni saya ambil dari majalah lama. Agar-agar ini memang menjadi salah satu pilihan saya untuk menyediakannya kerana rasanya yang sangat sedap....ok jom kita lihat resipinya..


AGAR-AGAR KENTANG
Oleh:MamaMia Kitchen

Bahan-bahan:
20 gm agar-agar serbuk
4 biji telur
4-5 biji ubi kentang-direbus
6 cawan air
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula-boleh dikurangkan atau ditambah
Esen vanila
Pewarna hijau epal dan kuning telur
Secubit garam


Cara-cara:
1.Kisar ubi bersama telur dan santan.
2.Panaskan agar-agar bersama air,gula dan esen vanila.
3.Bila gula sudah larut masukkan bahan yang dikisar dan kacau hingga sebati dan mendidih.Tutup api.
4.Bahagikan agar-agar kepada dua bahagian.Satu dimasukkan warna hijau epal dan satu lagi warna kuning telur.
5.Basahkan acuan.Kemudian tuangkan agar-agar ini secara berselang-seli hingga habis.Sejukkan.







Jom Try Buat....

Post a Comment