Sunday 30 August 2015

ACAR TIMUN


Acar timun ni saya selalu buat tuk dipadankan dengan nasi minyak,nasi tomato dan pelbagai nasi yang berperisa.Acar ni kira hidangan yang wajib ada sebab ia dapat menghilangkan rasa muak bila digandingkan dengan lauk yang berlemak seperti dalca dan juga kari daging.Namun acar timun ni tak tahan lama dan mudah basi jika tidak kena caranya.Kali ini saya cuba membuat acar timun yang boleh disimpan lama dan kekal rangup bila dihidangkan.Resipinya saya ambil dari blog AlongRoz@HomeKreation yang menurutnya jangan masukkan air kedlam kuah supaya acar tahan lama... ..sebenarnya dah lama saya buat acar ni  cumanya dok terperap dalam folder jer..untuk beri laluan kepada resipi2 yang lain dulu hihii...saya juga ada buat beberapa penambahan daripada resipi asal...harap Along tak kisah erkkkk....apapun terima kasih atas perkongsian resipi yang amat berguna ini...


ACAR TIMUN
Sumber:AlongRoz@HomeKreation
Olahan semula:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

1 batang timun*
1 batang karot*
2 '' halia*
4 biji cili merah& hijau* (hiris seperti batang mancis)
5 ulas bawang merah-belah dua
5 ulas bawang putih-belah dua
1 sdt bij sawi
1 sdb serbuk cili
1 sdt serbuk kunyit
1/2 cawan cuka
1/2 cawan gula-saya kurangkan kepada 1/4 cawan shj sbb tidak mahu manis sangat.
1 sdt garam



Cara-cara:
1.Campurkan kesemua sayuran dan gaul dengan garam.Ketepikan sebentar lebih kurang 10 minit.Tapis dan buangkan air sayuran.
2.Panaskan beberapa sudu minyak dan tumis biji sawi,serbuk cili,serbuk kunyit, bawang merah dan bawang putih dan kacau beberapa saat sahaja.Masukkan cuka dan gula dengan cepat supaya tidak hangus.Masak sehingga pekat dan masukkan kesemua jenis sayuran.Gaul sehingga sebati selama beberapa minit.
3.Boleh terus dihidangkan atau dimasukkan ke dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk.Boleh disimpan dan tahan selama beberapa minggu.



Nota:
Selepas ditos ,sayur-sayuran tu saya jemur di bawah cahaya matahari hampir 1 jam untuk mengeringkan lagi airnya.
Saya tidak menggaul terus kuahnya bersama sayur-sayuran.Bila kuah sejuk baru saya gaulkannya.



Jom Try Buat

No comments: