Tuesday, 2 June 2015

ROTI NAAN a.k.a ROTI TEMPAYAN


Sekali sekala sarapan ngan Roti Naan  ok gak.Kekadang tu naik jemu jugak asyik  masak sarapan pagi seperti nasi goreng,nasi lemak,nasi kerabu dan mihun goreng.Tambahan pulak sekarang ni musim cuti sekolah...elok sangatlah saya boleh berlama-lamaan kat dapur nih.Biasanya kalau hendak makan roti naan atau kat Kelantan ni lebih femes dipanggil roti tempayan kami sekeluarga akan ke sebuah kedai yang menjual roti ni di Belimbing.Rotinya memang sedap...dan ada pelbagai pilihan lauknya cam kari daging, kari ayam,ayam tandoori  dan ada pulak disediakan  Nasi Ayam Tandoori..memang kedai ni mendapat sambutan ramai sebab kat TM ni tak banyak kedai yang menjual roti tempayan ni....entah kenapa tiba2 terfikir nak buat roti tempayan ,....mungkin dah takde keje sebab tengah cuti sekarang ni..maka cari kejelah kannnn....bila bukak google macam2 versi roti tempayan ni...maka saya berkenan dengan roti tempayan dalam blog resipi citarasawan...bila tengok gambar2 yang kakwan post tu cam sedap sangat....bahan2nya pun mudah jer....so apalagi terus bekojolah kite sekuetnyerrr......terima kasih pada kakwan atas perkongsian resipi ni yang nyata memang sedap sama seperti kat kedai youuuu....lauknya pula saya masak Ayam Tandoori dan Kari Daging...uhhhh sodap sungguh....tambah2 makan time roti tu panas2...jom semak resipi kat bawah nih...



ROTI NAAN a.k.a ROTI TEMPAYAN
Sumber:Citarasawan
Olahan rasa:MamaMia Kitchen


Bahan-bahan:

450 gm tepung gandum
150 ml susu suam
2 sk yis segera
1/4 sk garam halus
1 sdt baking powder
2 sdb minyak masak
150 ml yogurt asli
1 biji telur gred A-pukul ringan


Cara-cara:

1.Satukan susu suam,1 sk gula dan yis.Kacau rata dan letak di tempat suam selama 15-20 minit hingga berbuih.

2.Ayak tepung,garam,baking powder dalam mangkuk besar.Masukkan baki gula bersama campuran yis tadi,minyak masak,yogurt dan telur.Adun dan uli doh.

3.Letakkan doh di atas papan canai dan uli beberapa kali hingga doh berkilat.

4.Lengser sedikit minyak di dalam mangkuk.Masukkan doh  dan tutup dengan plastik.Letak di tempat suam selama 1 jam hingga doh mengembang 2 kali ganda.

5.Keluarkan doh,tumbuk dengan tangan untuk keluarkan angin.Uli dan bulat-bulatkan doh kepada 6 bahagian dan jadikan 6 bebola doh.

6.Panaskan dulang pembakar yang tebal dalam oven pada suhu 190C.

7.Canai leper setiap bebola doh,keluarkan dulang pembakar dan masukkan segera doh.

8.Bakar selama 3 minit di rak bawah dan 8-10 minit di rak atas.


satukan bahan yang diayak dengan gula,yis,minyak masak dan telur

uli doh hingga berkilat...tutup dengan plastic wrap dan biarkan 1 jam di tempat suam

selepas 1 jam doh akan naik 2x ganda...tumbuk2 doh untuk buang udara

bahagikan doh kepada 8 bahagian dan jadikan bebola doh..(.kakwan buat 6 biji)

canai leper setiap bebola...taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat pada papan canai

bakar selama10-15 minit...doh akan menggelembung naik

siapp...

saya try bakar guna pemanggang ajaib...

ok gak rasanya...lembut

pekena ngan kari daging n ayam tandoori.....ermmm sedapppp



Nota:
Untuk membuat yogurt sendiri anda boleh bancuh 3 sudu besar susu tepung/susu cair/susu segar dengan 1 cawan air suam dan sebiji perahan limau nipis....
Saya masukkan doh  dalam oven yang tak di ON supaya naik cantik.
Tidak perlu canai doh terlalu nipis untuk mengelakkan roti terlalu garing...bila sejuk cepat keras.
Bakar dalam kuali non stick atau pemanggang ajaib ok jugak..boleh simpan dalam peti tuk 2-3 hari...bila nak makan.. keluarkan dari peti ais,biarkan  pada suhu bilik dan bakar semula...



Jom Try Buat.....
Post a Comment