Saturday, 30 May 2015

SOLOK LADA


Bersempena dengan kemaraan pasukan The Red Warriors ke peringkat akhir melawan pasukan The Lion Twelve,kerajaan negeri Kelantan telah mengisytiharkan 23 Mei sebagai cuti peristiwa bagi memberi peluang kepada para penyokong untuk bertandang ke Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Kami sekeluarga bukanlah penyokong fanatik........so peluang ini digunakan oleh kami untuk mengadakan Majlis Solat Hajat Kesyukuran sempena dengan siapnya rumah sewa....tambahan pula sudah ada dua penyewa yang akan mendiami rumah tersebut pada 1 Jun nanti...setelah berbincang suami memutuskan untuk membuat solat hajat ni secara kecil-kecilan jer...lebih kurang untuk 20 orang jer dan majlis akan dibuat selepas solat Isyak...maka bersilatlah saya di dapur dari pagi sampailah ke petang.Maklumlah walaupun masak dalam jumlah yang sedikit tapi saya buat sorang jer sambil dibantu oleh anak perempuan saya...seganlah pulak nak panggil jiran... sebab saya masak yang simple2 jer......masak cuma 2 kg daging untuk dibuat dalca dan 2 ekor ayam dimasak ayam goreng berempah,acar mentah,solok lada dan sambal belacan...tapi yang agak renyah sikit nak masak tu pastinya solok lada lah...sebab banyak step yang perlu dibuat....apapun dengan semangat dan usaha yang gigih akhirnya saya berjaya juga menyiapkannya...sebelum ni  saya cuma tukang sumbat dan tolong2 mak saja...sekarang ni saya kena buat semua....apapun memang berbaloi...solok lada ni dah kira memang satu lauk yang wajib dihidangkan ketika kenduri kahwin ataupun majlis makan2 yang kecil-kecilan nih...hubby saya cukup suka solok lada ni...kalau bulan posa  mesti kena ada solok lada ni...tambah2 bila makan dengan nasi kerabu....kena complete ngan solok lada,ikan /ayam percik/bawang putih jeruk.........saya ingin bagi satu tips bagi penggemar solok lada iaitu cara untuk menyimpan solok lada ni tahan lama....caranya ialah anda masukkan solok lada ni dalam plastik kecil dan pek kan untuk sekali makan...contohnya 3/5 biji..dan simpan di tempat sejuk beku....time nak makan...keluarkan dan biarkan pada suhu bilik sebentar dan kukus balik...ataupun nak senang lagi...masa nasi anda dah hampir kering letaklah solok ni (dalam plastik) di atas nasi...biarkan 5 minit...dah sedia untuk di ngappp....ok dah panjang sangat celoteh saya kali ni...jom lihat resipinya...



SOLOK LADA
Sumber:Mamamia Kitchen


Bahan-bahan:

30 biji lada solok/ cili hijau-belah dua dan buang bijinya
4 ekor ikan selayang-direbus dan ambil isinya
2 ekor ikan selayang mentah-ambil isinya dan cincang halus
1 biji kelapa yang telah matang-(kulitnya masih hijau),ambil putih sahaja
5 ulas bawang merah-mayang
2 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-mayang
1 biji telur
1 cawan santan
Garam,gula,serbuk perasa secukupnya




Cara-cara:

1.Satukan kelapa parut,ikan rebus,isi ikan mentah,bawang merah,bawang putih dah halia.Gaul sebati.
2.Tumbuk kesemua bahan ini sehingga sebati.
3.Pecahkan telur ke dalam bahan tumbuk tadi dan gaul sebati.Masukkan garam,gula,serbuk perasa....rasakan masin dan manisnya.Bila dah ok rasanya bolehlah disumbatkan kedalam lada hijau yang telah dibelah tadi.
4.Masukkan ke dalam periuk kesemua solok tadi diikuti  santan.
5.Masak menggunakan api yang sederhana selama 10-15 minit sehingga kulit cili hijau sudah lembut .Siap..




belah lada solok ...tapi jangan sampai putus hujungnya dan buang bijinya

bahan-bahan yang perlu disediakan

kelapa parut ambil yang putih sahaja


campurkan kesemua bahan2..gaul sebati sebelum ditumbuk


masukkan telur dan gaul sebati

sumbatkan inti tadi kedalam lada ...tekan2 skit supaya intinya padat dan nampak cantik

masukkan kedalam periuk...masukkkan santan dan masak menggunakan api yang sederhana








Nota:
Anda juga boleh mengukus solok lada ni.
Tujuan menggunakan isi ikan mentah supaya rasanya lebih sedap.



Jom Try Buat..

Post a Comment