Saturday, 2 May 2015

PUDING SUMI JELLY



Ketika singgah di blog Qasey Honey berkenan pulak dengan Puding Sumi Jelly nih....cara nak buatpun senang sangat...so apalagi teruskan misi dengan menyediakan bahan-bahannya....yang lain semua dah ready kat dapur tu...cuma sumi jer yang tak de...terus pegi beli  dan bermulalah operasi nya....puding ni memang sesuai sangat kalau buat time makan-makan ker atau time apa-apa majlis pun...budak-budak mesti tak sabar nak merasanya sebab menarik kerana berlapis-lapis dengan warna-warninya...tambah2 pulak ada sumi...lagilah mereka suka...terima kasih pada QH atas perkongsian resipi ni ..menurut QH resipi ini diambil dari Kak aida74@RR....sekali lagi terima kasih pada kalian berdua...


PUDING SUMI JELLY
Sumber:Qasey Honey/Kak aida74@RR
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

37.5 gm agar-agar tali (saya guna agar2 serbuk 20 gm)
8 cawan air ( saya letak 6 1/2 cawan air)
1 1/4 cawan gula-(sesuaikan rasa manis mengikut citarasa anda)
1 tin susu cair
Sumi jelly secukupnya
Pewarna merah ,kuning dan hijau



Cara-cara;

1.Susun sumi jelly di dasar acuan.
2.Masak agar2 bersama air hingga mendidih.
3.Masukkan gula,kacau sebati.
4.Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sebati.
5.Perlahankan api.Bahagikan adunan kepada  tiga bahagian.
6.Letakkan pewarna dalam setiap adunan.
7.Tuang adunan pertama ke dalam acuan secara perlahan.Biarkan mengeras.
8.Lorekkan permukaan lapisan tadi dengan garfu atau pisau.Tuang pula lapisan kedua dan biarkan mengeras.
9.Seterusnya tuang lapisan ketiga dan  ikut seperti langkah di atas.Biarkan sejuk di dalam petiais sebelum dihidangkan.


susun sumi jelly di dasar acuan

masukkan lapisan pertama dan biarkan mengeras sebelum dituang lapisan kedua dan ketiga

enak dimakan sejuk...


Jom Try Buat..
Post a Comment