Wednesday 6 May 2015

PUDING RAJA


Kali pertama saya merasa Puding Raja terus jatuh cintaa.....alkisahnya apabila rakan sekerja telah membawa pelbagai jenis kek cheese leleh dan puding raja  ke sekolah untuk dijual.Sebelum ni saya memang tak pernah merasa puding raja nih....walaupun pernah dengar nama puding ni tapi tak de keinginan nak membuatnya....namun segalanya telah berubah apabila saya membeli satu bekas kecik puding raja ni yang reganya RM 6...saja nak try camna la rasa puding raja ni....bila saya bawak balik ke rumah memang tak cukup la satu bekas kecik tu...lepas tu order lagi 2 ...pun tak cukup jugak...akhirny saya nekad untuk bertanya ngan en.google resipi puding raja nih...alhamdulillah saya berkenan dengan puding raja yang disediakan dalam blog Azie Kitchen.
Namun yang menjadi masalahnya ialah jala mas yang merupakan salah satu bahan untuk membuat puding ni tak de pulak dijual kat T.Merah ni...bila saya tanya penjual kuih di Pasar Besar TM memang tak jual,kalau nak, tunggu bulan puasa baru ada....adoiiii  lambat lagi tu nak tunggu bulan posanya....akhirnya semasa pulang ke rumah MIL saya mengajak hubby ke Pasar Siti Khadijah untuk mendapatkan jala mas ni....alhamdulilah berlambak dijual kat situ...boleh dikatakan semua gerai yang menjual kuih muih ni pasti ada jala mas...so sempatlah borong beberapa jenis kuih selain beli jala mas tu...rasa rambang mata macam2 kuih ada dijual.... saya juga mencari pisang lemak manis...namun gagal...tapi saya beli pisang emas sebagai gantinya....kira ok lah tu kan...balik saja ke TM terus saya menyediakan puding ni....lepas kuar dari peti sejuk memang kami sekeluarga belasah cukup2 puding raja nih...nah ambik ngkau...baru puas hati hehehe....selepas mencuba kali pertama tu ...selang beberapa minggu saya buat lagi puding ni sebab saya beli 2 peket jala mas ni.. kali ni jumpa pulak pisang lemak manisnya....sempatlah saya ambil gambar step by step tuk kali ni...Resipi puding raja saya ni ada buat beberapa penambahan yang telah saya adjustkan mengikut citarasa saya....contohnya saya tambah satu tin buah-buahan campuran,saya tambah tepung jagung....apapun terpulang pada andalah untuk mencubanya....terima kasih pada Kak Azie atas perkongsian resipi ni...izinkan pula saya share di sini pula yeaa....




PUDING RAJA

Sumber:Azie Kitchen
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

4 sikat pisang lemak manis-buang kulit (guna pisang emas atau berangan pun ok gak)- saya guna 2 sikat je
1 cawan biji gajus digoreng-saya letak1/4 cawan jer
2-3 genggam jala mas-saya beli yang ready made sepaket ada 5 keping
200 gm buah prun potong 4-saya tak letak takde stok
Buah ceri merah/hijau secukupnya
2 sdb minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
1 tin buah-buahan campuran-saya tambah




Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur-ambil kuning sahaja
1/2 tin air-saya letak 1 tin
2 sdm tepung jagung-saya tambah
1-2 cawan gula -saya letak 1/2 cawan jer (ikut citarasa masing2)
Daun pandan-simpul
Esen Vanila
Secubit garam-saya tambah


Cara:

Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.Goreng pisang sehingga kuning.Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk menyerap minyak yang berlebihan.Kemudian goreng gajus.Angkat dan ketepikan.


Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air.Tapis untuk membuang tali pusat telur putih.Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.

Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat.Masukkan sedikit esen vanila dan kacau selalu supaya tidak bergentel.Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk.Taburkan jala mas.Kemudian aturkan buah prun,ceri dan gajus.Tuangkan kuah keatasnya apabila hendak makan.

Cara saya:
Aturkan pisang di dasar acuan,taburkan buah-buahan campuran,diikuti dengan kuah,kemudian taburkan jala mas...akhir sekali baru taburkan gajus,ceri merah,hijau ...terpulang kepada anda untuk mencuba cara mana yang lebih selesa yee...

ni le rupa pisang lemak manis...kot2 ada yang tak penah tengok rupa pisang ni....RM 4 sekilo kat Pasar Siti Khadijah

atur pisang dalam bekas...kali ni saya goreng guna kuali non stik ...terhagus skit...bagi saya lagi sedap goreng dalam kuali ngan minyak terendam...

taburkan buah-buahan campuran selepas lapisan pisang

tuangkan kuah puding ike atas taburan buah-buahan campuran..

jala mas yang dah siap dijual kat Pasar Siti Khadijah RM 5 sepeket

bila dilerai-leraikan... ni la rupa jala mas...

simpan dalam peti sejuk sebelum di ngappp....ermmmm sedak sengoti


Nota:
Gula pasir perlu dimasukkan sedikit demi sekikit...pastu rasa...jangan manis sangat sebab jala mas tu dah manis sangat...kira manis sedang2 jer....saya ada terbaca cara untuk goreng pisang tu guna kuali non stick...tapi saya syorkan guna kuali biasa jer...maknanya goreng dalam minyak yang penuh  lebih sedap.Ini berdasarkan pengalaman saya yang buat kali pertama dan kedua ...ada perbezaannya lagi sedap yang guna minyak penuh...



Jom Try Buat...

No comments: