Saturday, 18 April 2015

RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE


Sebenarnya  dah lama teringin nak buat kek ni.... resipi dah lama dok simpan ,tapi tak de keyakinan....bila tengok ramai blogger dok tayang kek ni dalam blog masing-masing...hati pun teringin sangatlah nak merasa kek yang nampak mewah camni....akhirnya berbekalkan doa,usaha gigih dan keyakinan akhirnya saya berjaya juga menyiapkan kek ni walaupun tak secantik dengan  yang kawan-kawan buat tu...alhamdulillah dapat merasa jugaklah kek mewah ni....resipi ni saya ambil dari blog yatiememories yang menurutnya memperolehi resipi ni dari hanamemories.. semasa saya membelek2 resipi ni tertanya-tanya dalam hati kenapa di panggil nama Russian kat depan tu...rasanya bahan-bahannya takde la yang pelik benarrr.... ohh    mungkin resipi asalnya dicipta oleh orang Russia kut....agaknyerrr laa....ngengenge....apapun....terima kasih ye kak, dapatlah saya mempelajari satu lagi resipi kek yang terhangat suatu masa dulu...jom semak resipinya.....



RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE
Sumber:Yatiememories
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot



Bahan-bahan:

170 gm tepung super fine*-guna tepung gandum pun boleh
1sk baking powder
1 sk soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400 gm)
100 gm serbuk koko
200 gm minyak jagung @ minyak masak
250 gm susu pekat
250 gm gula halus-guna 210 gm pun boleh
5 biji telur-blend 5 minit


Cara-cara;
1.Ayak bahan yang bertanda *.
2.Satukan minyak,susu pekat,susu cair, gula dan serbuk koko.Panaskan diatas api kecil sehingga semua sebati.(Tak perlu mendidih,cukup sekadar gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul-ketul).Angkat.
3.Masukkan ke dalam mangkuk besar dan masukkan telur yang telah dikisar tadi.Kacau sebati.
4.Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak dan kacau sebati.(guna hand whisk)
5.Sapukan loyang dengan butter/marjerin.Tuang adunan kek,tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 30 minit.
6.Sejukkan.Bila dah sejuk baru potong kek kepada 3 atau 4  lapisan.


RESEPI COKLAT GANACHE

200 ml whipping cream (dairy)
500 gm coklat masakan (seeloknya coklat compund)
1 sdb air panas
2 sdm sirap glukos
2 sdb butter


Cara-cara:
1.Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih).Masukkan air panas,butter dan sirap.Kacau sebati.
2.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan,kacau sehingga coklat cair.
3.Sejukkan dahulu sebelum guna.(Seeloknya semalaman(suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek).Jika nak cepat,masukkan ke dalam peti ais sebentar.



RESIPI COFFEE CREAM CHEESE

500 gm creamcheese-guna 400 gm pun ok
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 paket coffee 3 in 1-saya guna 2 sdt serbuk nescafe

Cara-cara: Putar semua bahan hingga sebati dan halus.Sedia untuk digunakan.Adunan ni sesuai untuk kek 4 lapisan.



CARA-CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

1.Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
2.Letakkan satu lapisan di atas papan kek.Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag.Paipkan ke atas kek membentuk lingkaran secara berselang seli.(Lihat gambar).
3.Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi.Buat sehingga lapisan seterusnya.Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
4.Masukkan dalam peti ais sebentar supaya adunan cream cheese mengeras sikit barulah tuang ganache.
5.Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek.Jika ganache sudah membeku atau mengeras,panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
6.Sejukkan dahulu baru sedia dipotong.


potong kek kepada 4 bahagian

paipkan coklat ganache dan cream cheese secara lingkaran...sori gambar kurang jelasss...

buat lingkaran yang sama cam atas tuh sehingga selesai...abaikanlah lapisan kek saya yang tak sama ketebalannya ekk..

lapisan terakhir disaluti cream cheese pada keseluruhan kek...sejukkan sebentar dlm peti ais

akhir sekali tuang coklat ganache ke atas lapisan cream cheese


taraaaa.....dah siap


Jom Try Buat.....
Post a Comment