Sunday, 26 April 2015

POPIA GORENG RANGUP


Popia goreng ni dah  hampir  tiga minggu buatnya...tapi tak sempat nak update, hari ni baru ada masa skit nak ngadap lappy ni..gitulah kalau dah sibuk sangat....saya ni kalau masak memang tak sempat nak  post tang tu jugak....amik gambar dulu...simpan dalam folder...kalau ada masa barulah update...kiranya selalu entry tertunggaklah....ok cerita pasal popia goreng ni, sebenarnya ada kisah disebaliknya....hubby saya cukup suka makan popia goreng,kalau bulan puasa boleh dikatakan memang selalu beli untuk hidangan berbuka puasa.Kalau kat umah MIL pun sama, popia goreng ni merupakan kuih kegemaran time bulan posa....... Ok ceritanya masa saya dan hubby pergi ke Kelantan Trade Centre (KTC) kerana ada jualan murah untuk pakaian baby n kidz sempatlah singgah dimedan selera berhampiran Stadium Sultan Muhammad  untuk membasahkan tekak ni...dahaga jugaklah pasal dok pusing2 dalam KTC tu...tapi tak tau nak makan apa...pasal perut masih lagi kenyang...so hubby order popia goreng n fishball je la... sekali bila makan popia tuh kulitnya rangup sangat...kulitnya berlainan sekali dengan yang kita beli kat supermarket tuh...so masa hubby  tengah bayarkan makanan tu saya  memberanikan diri bertanya dengan pemilik gerai tu...mula2 rasa segan gak tapi  sedap punya pasal...buat muka tak malu la...ngehngehngeh...nasib baik dia bagitahu beli kat Pasar Besar Siti Khadijah tingkat 1.Hati dah berbunga riang...pas ni pasti saya akan jalankan operasinya.Seminggu lepas tu masa saya balik ke rumah MIL kat Wakaf Che Yeh terus ajak hubby pergi beli kulit popia nih sekilo...intinya saya buat simple jer...dannnnn hasilnya memang terbaikkkk...macam makan kat kedai tu....selebihnya saya frozenkan.... hajatnya leh hidangkan pada tetamu yang datang nanti....tapi tak sempat nak bagi pada tettamu dah habisss...huhuhu..sekarang ni kalau nak makan popia goreng tak beli lagi dahhh.... buat sendiri lagi sedap...yang penting jimatttt....tambah2 bila  GST dilaksanakan nih.....  ok jom semak
resipinya...


POPIA GORENG RANGUP
Sumber:Mama Mia Kitchen



Bahan-bahan:

1 kg kulit popia
1 1/2 batang karot-disagat
1 biji sengkuang sederhana besar-disagat
50 sen tauge
2 keping tauhu-dicincang halus
3 ulas bawang putih-cincang halus
Garam.gula secukup rasa
3 sdm tepung gandum dibancuh bersama sedikit air-sebagai perekat kulit popia
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara:

1.Tumiskan bawang putih hingga wangi..Masukkan karot dan sengkuang.Kacau biar sebati.
2.Masukkan tauge bersama tauhu,kacau biar sebati.
3.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Matikan api.Angkat dan sejukkan.
4.Ambil sekeping kulit popia,bentangkannya dan letakkan inti yang telah disejukkan.Gulung hingga kemas,letakkan adunan tepung gandum sebagai perekatnya....buat hingga selesai semuanya.
5.Goreng dengan api yang sederhana sehingga warna keemasan,angkat dan toskan.
6.Bolehlah dihidangkan bersama sos cili.


inti yang simple...



ni lah rupa kulit popia tu...lain skit daripada yang jual kat supermarket tukan....letakkan inti secukupnya




hasilnya dapat dalam 30 biji...jimat oiii...modal tak sampai RM 10....
boleh difrozenkan...simpan kat tempat sejuk beku


makan 2 bijik dah kenyang ...pasal besar gedabak satu biji tuh



ermmm....rangupnya...


Nota:

Kalau inti tu agak berair sedikit...pasal tauge ni mengandungi banyak air...toskan dulu supaya kulit popia tidak terlalu lembab.
Kalau tak nak letak tauge pun ok gak.Cukup sekadar carot,sengkuang n tauhu.
Boleh juga letak udangatau ayam untuk hasil yang lebih powerrrr...
1 keping kulit popia tu agak besar,,,boleh dipotong dua..boleh jimatkan masa menggoreng.



Jom Try Buat...

Sunday, 19 April 2015

WAFFLE



Saya ni suka sangat waffle ...kalau pergi Tesco mesti beli waffle yang disapu ngan peanut butter n jem strawberry...ermmm satu tak cukup...bila saya jenguk ke blog Ummi@HomeSweetHome berkenan sangatlah dengan resipinya....terus copy...tapikan waffle mouldnya tak de...tak boleh jadik nih..so ajak hubby pegi beli waffle mould ni...apalagi teruslah buat upacara perasmiannya...resipi yang kak ummi bagi ni adunan 2 dalam 1 yang sungguh sedap,rangup dibuat waffle dan boleh dibuat pancake tapi saya cuma buat waffle saje pasal tengah teruja sangat nak  test waffle mould nih...so pas ni tak perlu beli lagilah....buleh oder trus dari dapur panasss wehhh...terima kasih pada kak umi atas perkongsian resipi nih...mintak izin CnP kat sini plak yerr...




 WAFFLE

Sumber:Ummi @HomeSweetHome
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

3 sdb butter-cairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sdt baking powder
1 sdb gula
1 cawan susu segar
1 sdb jus lemon-tak letak pun tak pe
Secubit garam



Cara-cara:

1.Campurkan semua bahan,guna blender...blend sebati
2.Biarkan adunan selama 10 minit.
3.Panaskan waffle mould,tuangkan adunan ke dalamnya dan tutup.
4.Biarkan selama 3- 5 minit barulah dibuka penutupnya,jika sudah garing bolehlah diangkat.
5.Sapukan dengan perisa yang digemari.





ermmm yummy.....


Jom Try Buat...

PUDING ROTI versi TEMBIKAI



Jom sejukkan tekak time panas-panas ni ngan Puding Roti versi Tembikai nih....saya dah banyak kali buat puding ni sebab memang mendapat sambutan hangat oleh orang dalam umah ni....tambah-tambah kalau dimakan lepas kuar dari peti ais....ermmmm walla...enak banget..rasa manisnya pun sedang elok.....Resipi ni hasil BW saya ke dapur Amie's Little Kitchen yang menurutnya diambil daripada Puan Naimah Md Ludin...terima kasih pada akak berdua kerana telah berkongsi resipi yang enak dan cantik ni....jom semak resipi di bawah ni....



PUDING ROTI versi TEMBIKAI

Sumber:Amie's Little Kitchen,Naimah Md Ludin
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sdt esen vanilla
4 keping roti Gardenia
1 biji telur
1 sdb butter
5 cawan air-saya tambah lagi 1 cawan
1 paket agar2 tali 20 gm-saya guna 25 gm
Sedikit perwana hijau dan merah
1/2 sdk biji selasih-boleh digantikan dengan bijan hitam atau cincau yang dicincang halus


Cara-cara;

1.Masak agar-agar dengan 5 cawan air dan 1 cawan gula sampai mendidih dan agar-agar hancur.
2.Blend roti,telur,susu cair,susu pekat,esen vanilla dan butter.Campurkan bahan ini ke dalam agar-agar yang mendidih,kacau sebentar dalam 3 minit,tutup api.
3.Bahagikan kepada 3 bekas dan 2 bekas dimasukkan pewarna merah dan hijau.1 bekas lagi biarkan tanpa pewarna.
4.Masukkan adunan merah dalam acuan dan taburkan biji selasih.
5.Sejukkan adunan merah dan kemudian tuan perlahan adunan tanpa warna.
6.Akhir sekali tuan adunan warna hijau perlahan-lahan bila lapisan putih dah keras.
7.Sejukkan dalam peti ais.

kalau nak cantik guna acuan bentuk 3 segi...saya tak de bentuk tu so guna bekas nih jer la...







Nota: Saya letakkan adunan hijau dahulu dikuti adunan tanpa warna dan akhir sekali adunan warna merah...lebihkan sedikit adunan warna merah.



Jom Try Buat....

Saturday, 18 April 2015

RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE


Sebenarnya  dah lama teringin nak buat kek ni.... resipi dah lama dok simpan ,tapi tak de keyakinan....bila tengok ramai blogger dok tayang kek ni dalam blog masing-masing...hati pun teringin sangatlah nak merasa kek yang nampak mewah camni....akhirnya berbekalkan doa,usaha gigih dan keyakinan akhirnya saya berjaya juga menyiapkan kek ni walaupun tak secantik dengan  yang kawan-kawan buat tu...alhamdulillah dapat merasa jugaklah kek mewah ni....resipi ni saya ambil dari blog yatiememories yang menurutnya memperolehi resipi ni dari hanamemories.. semasa saya membelek2 resipi ni tertanya-tanya dalam hati kenapa di panggil nama Russian kat depan tu...rasanya bahan-bahannya takde la yang pelik benarrr.... ohh    mungkin resipi asalnya dicipta oleh orang Russia kut....agaknyerrr laa....ngengenge....apapun....terima kasih ye kak, dapatlah saya mempelajari satu lagi resipi kek yang terhangat suatu masa dulu...jom semak resipinya.....



RUSSIAN BLACK & WHITE CHOCOLATE CAKE
Sumber:Yatiememories
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot



Bahan-bahan:

170 gm tepung super fine*-guna tepung gandum pun boleh
1sk baking powder
1 sk soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400 gm)
100 gm serbuk koko
200 gm minyak jagung @ minyak masak
250 gm susu pekat
250 gm gula halus-guna 210 gm pun boleh
5 biji telur-blend 5 minit


Cara-cara;
1.Ayak bahan yang bertanda *.
2.Satukan minyak,susu pekat,susu cair, gula dan serbuk koko.Panaskan diatas api kecil sehingga semua sebati.(Tak perlu mendidih,cukup sekadar gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul-ketul).Angkat.
3.Masukkan ke dalam mangkuk besar dan masukkan telur yang telah dikisar tadi.Kacau sebati.
4.Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak dan kacau sebati.(guna hand whisk)
5.Sapukan loyang dengan butter/marjerin.Tuang adunan kek,tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 30 minit.
6.Sejukkan.Bila dah sejuk baru potong kek kepada 3 atau 4  lapisan.


RESEPI COKLAT GANACHE

200 ml whipping cream (dairy)
500 gm coklat masakan (seeloknya coklat compund)
1 sdb air panas
2 sdm sirap glukos
2 sdb butter


Cara-cara:
1.Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih).Masukkan air panas,butter dan sirap.Kacau sebati.
2.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan,kacau sehingga coklat cair.
3.Sejukkan dahulu sebelum guna.(Seeloknya semalaman(suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek).Jika nak cepat,masukkan ke dalam peti ais sebentar.



RESIPI COFFEE CREAM CHEESE

500 gm creamcheese-guna 400 gm pun ok
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 paket coffee 3 in 1-saya guna 2 sdt serbuk nescafe

Cara-cara: Putar semua bahan hingga sebati dan halus.Sedia untuk digunakan.Adunan ni sesuai untuk kek 4 lapisan.



CARA-CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

1.Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.
2.Letakkan satu lapisan di atas papan kek.Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag.Paipkan ke atas kek membentuk lingkaran secara berselang seli.(Lihat gambar).
3.Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi.Buat sehingga lapisan seterusnya.Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
4.Masukkan dalam peti ais sebentar supaya adunan cream cheese mengeras sikit barulah tuang ganache.
5.Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek.Jika ganache sudah membeku atau mengeras,panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
6.Sejukkan dahulu baru sedia dipotong.


potong kek kepada 4 bahagian

paipkan coklat ganache dan cream cheese secara lingkaran...sori gambar kurang jelasss...

buat lingkaran yang sama cam atas tuh sehingga selesai...abaikanlah lapisan kek saya yang tak sama ketebalannya ekk..

lapisan terakhir disaluti cream cheese pada keseluruhan kek...sejukkan sebentar dlm peti ais

akhir sekali tuang coklat ganache ke atas lapisan cream cheese


taraaaa.....dah siap


Jom Try Buat.....

Friday, 17 April 2015

RAINBOW CAKE



 Ok, ni cerita tahun lepas sebenarnya...sempena birthday anak lelaki saya yang ke dua saya telah menyediakan sebiji kek warna-warni nih atas permintaannya...siap nk letak gambar Ben Ten lagi.....resipinya dah lama saya simpan cuma tak de keberanian jerrr....so bila anak lelaki saya mintak saya buatkan kek ni sayapun memberanikan diri untuk mencubanya....buatnya tak de lah susah sangat ...cuma perlukan sedikit kesabaran untuk menyiapkannya sehingga selesai.Kek ni perlu dibakar satu persatu...kiranya kena bakar 6 keping lah selama beberapa minit.Resipi ni saya ambil dalam blog Kakzu Semanis Gula....yang menurutnya diambil dari blog Mat Gebu... Manakala cara untuk buat tampalan edible tu saya jenguk kat blog Kakzu.....Kek ni memang sesuai sangatlah kalau nak celebrate majlis cam birthday ni....bila dipotong jerrr ramai tetamu yang berkenan terutamanya budak-budaklahh...apapun terima kasih kepada KakZu dan Mat Gebu atas perkongsian kek yang sangat menawan nih....jom semak resipinya



RAINBOW CAKE
Sumber:Kakzu Semanis Gula,Mat Gebu
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

300 gm butter
1sdt gliserin-pelembab kek
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sdt ovelette
1 sdt esen vanila
280 gm tepung super fine-ayak
1 sdt double action baking powder-ayak
20 ml susu segar


Cara-cara:

1.Putar butter dan gliserin hingga kembang dan gebu-putar agak lama juga sebab tak de kandungan gula di dalamnya.
2.Bila butter dah betul2 kembang masukkan tepung bercampur baking powder.Putar sekejap jer.
3.Dalam bekas lain putar telur, gula dan ovelette hingga kembang dan gebu,putih serta likat pekat.
4.Satukan bahan butter dan adunan telur.Putar sebati tetapi jangan lama sangat.Masukkan esen vanilla dan susu segar.
5.Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap satu kaler yang berlainan-jenis kaler ialah cecair (ungu,biru,hijau tua,oren,kuning dan merah)
6.Bakar satu lapisan selama 15 minit setiap satu bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.Bakar sehingga habis 6 kaler.



Topping

500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gula icing-ayak

Putar hingga adunan bersatu dan lembut.Bolehlah disapukan pada kek.Hias mengikut kreativiti anda.

6 kaler yang berbeza...saya bakar selama 20 minit suhu 150 darjah celcius ....



sapukan setiap lapisan dengan topping...



hias ikut kreativiti masing-masing..


tak sempat nak posing dalam pinggan cantik....ramai yang tak sabar nak ngapppp

satu kepuasan  yang tak terhingga dapat menyediakan sendiri kek hari jadi untuk anak-anak.....



Jom Try Buat....

Thursday, 16 April 2015

POTATO WEDGES


Ketika pergi shoppping barang-barang dapur kat supermarket hari tu saya sempat rembat seguni kecil ubi kentang memandangkan harganya murah sangat.Dalam fikiran tu dah bermacam-macam resipilah nak masak ngan ubi kentang nih...sekali bila sampai kat umah anak-anak mintak saya buatkan potato wedges bila mereka perasan saya beli banyak ubi kentang ni..untuk tidak menghampakan permintaan mereka saya pun belek2 buku resipi saya ...hah adapun ...masa BW hari tu saya singgah kat blog hanamemories dan berkenan pulak dengan potato wedges ni...terus copy resipi nih...tapi tak pernah buatpun....so elok sangatlah kalau nak cuba kali ni...menurut hana resipi ni diambil dari blog noorsha...mekacih untuk mereka berdua kerana sudi berkongsi resipi ni...izinkan saya panjangkan resipinya kat sini pula ya...





POTATO WEDGES

Sumber:hanamemories,noorsha
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

2 biji kentang saiz XL-potong berbaji
2sdt serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1sdt serbuk cili
1 biji putih telur-dikocok (saya guna 1 biji telur,takmo membazir)
Tepung gandum secukupnya untuk salut-hana campur ngan tepung goreng ayam Adabi
Garam






Cara-cara:

1.Kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit.Setelah bersih,potong berbaji.(Kulit kentang tak perlu dibuang).
2.Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.Toskan.tunggu hingga agak suam2 sedikit.
3.Satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik.Masukkan kentang tadi dan goncang sehingga kedua2 serbuk tadi bersalut dengan kentang.
4.Kocok putih telur,tak perlu sampai kembang.Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
5.Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6.Hidangkan panas2 bersama sos thousand island dan mayonis.



potong baji...kulit tak perlu buang


Nota:

Kentang tak perlu direbus terlalu empuk kerana ia akan menjadi lembik dan mudah patah semasa digaul dengan serbuk lada hitam dan serbuk cili.

KEK COKLAT LEMBAB



Dah agak lama saya tidak membaking....tetiba anak perempuan saya beria-ria benar suruh saya buatkan kek coklat ni....memandangkan semua bahan-bahan telah ada maka tak de alasan untuk saya katakan tidak!...maka terhasil sebiji kek coklat ni....sebab dah agak lama tak makan kek coklat air tangan sendiri...kiranya berketul-ketul gak lah masuk dalam mulut tu....apapun nak buat kek coklat ni senang sangat sukatannyapun pakai cawan jer... tak perlu nak susah2 keluarkan penimbang yang tersorok kat dalam kabinet tu....yang saya buat ni versi kukus....moist jer...manisnyapun sedang elok...resipi ni saya ambil dari Majalah Saji...jom semak resipinya untuk mereka yang berminat nak membaking...


KEK COKLAT LEMBAB
Sumber:Majalah Saji
Olahan rasa;mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum*
1sdt serbuk penaik*
1sdt soda bikarbona*t
3biji telur-dipukul (saya blender)
*ayak bersama


Cara-cara:
 
1.Campurkan serbuk koko,gula pasir,susu cair dan marjerin.
2.Panaskan atas api dan kacau sampai gula hancur (jangan hangus!)
3.Angkat dan sejukkan.
4.Tuang susu pekat ke dalam adunan yang disejukkan tadi dan gaul rata.
5.Masukkan pula telur dan gaul sebati.
6.Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung,adun perlahan hingga sebati.
7.Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Topping: 

 Pilihan 1

300 gm dark chocolate compund
1 sdt esen vanila
150ml susu segar
sedikit butter

Semua bahan di atas dimasak atas api kecil @ guna double boiler hingga rata dan berkilat.Sejukkan sebelum dihias atas kek.

Pilihan 2
Coklat masakan
Sedikit mentega
Whipping cream

Campurkan semua bahan,masak dengan teknik double boiler.Sejukkan sebentar sebelum dicurahkan ke atas kek.


Pilihan 3
Alternatif untuk topping

1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1cawan serbuk koko

Campurkan semua bahan dan masak atas api yang kecil hingga sebati.Siap untuk topping kek coklat





Nota:
Cara saya masak kek ni ialah...masak serbuk koko,gula,susu cair dan marjerin dalam kuali.Pastu sejukkan.Kemudian masukkan susu pekat,pastu telur yang telah diblender...akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak.Senangkan...kiranya kacau dalam kuali jer...tak payah nak pakai banyak bekasss...hasilnya tetap moist ...


Jom Try Buat..

Wednesday, 15 April 2015

KEK LAPIS CHEESE PESONA



Kali ni saya nak kongsikan resipi Kek Lapis Cheese Pesona yang sebenarnya dah agak lama gak la saya buat....dok terperap dalam folder jerr....so ada baiknya saya sharekan di sini.Resipi kek ini pernah menjadi fenomena dalam kalangan blogger sebelum ni...nak buatnya senang sangat...kalau anda tak ada oven pun boleh buat..sebab kek ni tak perlu dibakar cuma sejukkan dalam fridge je..resipi ni saya ambil dari blog yatiememories....menurut kakyatie tuan punya resipi ini ialah Ryo...apapun terima kasih kepada mereka berdua kerana telah mewar-warkan resipi yang sangat senang dan sedap nih...btw kek ni  lebih sedap dimakan sejukk...
Jom semak resipinya...



KEK LAPIS CHEESE PESONA

Sumber: yatiememories,Ryo
Olahan rasa:mamamiasanasini.blogspot




Bahan-bahan:

A

2 bungkus biskut marie perisa coklat/kopi-lebih kurang 600 g (Ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar-dipanaskan



B

500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar-saya tambah 2 sdm lagi
1/2 cawan gula halus




Car-cara:


1.Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati.
2.Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai terlalu cair.
3.Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan.
4.Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/kertas baking .
5.Panaskan susu segar,padamkan api.
6.Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(celup 1 saat je tau).
7.Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan.
8.Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi.
9.Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
10.Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut itu di atas lapisan cheese.
11.Tekan2sikit permukaan tu..masukkan dalam fridge,biarkan sejuk selama 6 jam sebelum dipotong.



setiap lapisan perlu ditebalkan adunan cheese supaya kelihatan cantik...



Jom try buat..

Tuesday, 14 April 2015

SUP IKAN MERAH


Memandangkan ikan merah yang saya beli di Pasar Tok Bali masih lagi tersadai kat dalam fridge tu....dok fikir-fikir nak masak ape....tiba-tiba mai idea nak buat sup...selama ni asyik pekena sup ayam dan tulang jerr...sesekali tu nak jugak ubah selera kannnn...tambahan pulak saya baru jerr masak kari ketam sebelum ni...rasa jemu la pulak nak masak kari lagi..bila dah siap masak memang puas hati....licinn....anak2 dan hubby makan sampai bertambah-tambah..... ini kerana rasa isi ikan yang manis dan dagingnya yang pejal kerana ikan ini semasa saya beli tu  fresh sangat...nak masaknya pula sangat senang sekali...bila hirup kuahnya terasa nikmat sangat dengan gabungan rasa yang sungguh menyegarkan.... so kalau ada yang  nak cuba buat tu, saya sertakan resipinya di sini ya....


SUP IKAN MERAH
Sumber:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah yang sederhana-cuci bersih,buang sisiknya dan potong kepada 3 bahagian
1 pek sup ikan Adabi
6 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
2 batang serai-dititik
1 biji tomato-potong baji
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Air secukup nya-tidak boleh letak terlalu banyak nanti kurang rasa manis ikan tu ye..so agak-agak je la...saya letak lebih kurang 3 -4 cawan....
Garam 
Gula
Serbuk perasa
Daun sup-hiris
Cili padi-hiris
Bawang goreng
Limau nipis-ambil jusnya

 


Cara-cara:

1.Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bahan kisar  bersama kulit kayu manis,bunga lawang ,buah pelaga serta bahan-bahan dalam pek sup ikan Adabi hingga wangi.Kemudian masukkan serai.
2.Masukkan air secukupnya, sup bunjut dan biarkan mendidih.
3.Masukkan ikan merah, buah tomato, garam,gula dan serbuk perasa.Sesuaikan rasa...biarkan mendidih sebentar dan pastikan ikan sudah masak,tutup api.
4.Hidangkan bersama taburan daun sup,bawang goreng,hirisan cili padi serta perahan limau nipis...



kalau boleh dapatkan ikan yang segar...baru rasanya ummph




tumis bahan kisar hingga wangi...



enak dimakan panas-panas bersama nasi putih,,,,bagi yang tengah berdiet sesuai sangatlah hirup sup ikan nih....


Jom Try Buat...

Monday, 13 April 2015

KETUPAT SOTONG



Ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai Kem Kecemerlangan untuk pelajar PT3 di Pantai Melawi  saya singgah di Pasar Tok Bali untuk membeli ikan segar.Seperti yang dijangka memang terdapat banyak sekali hasil laut yang segar di sini.Rasa rambang mata sebab semuanya sangat segar...so sempatlah saya beli sotong,ketam dan beberapa jenis ikan...penuh kotak polisterin yang saya dah bawa awal-awal lagi....melihatkan sotong yang segar maka hubby dan anak-anak minta buatkan ketupat sotong...sebab dah agak lama tak merasanya...  jadinya sebelum sampai kat umah singgah kat kedai kejap beli beras pulut dan santan...sebab tak de stok kat umah...jom lihat resipinya...



KETUPAT SOTONG

Sumber:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

1 kg sotong yang sederhana besar-cuci dan toskan
3/4 cawan beras pulut-cuci dan rendam selama 1/2 jam
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
2-3 keping nisan/gula melaka-racik halus
1 inci halia-diketuk
1/2 cawan gula pasir-(ikut tahap kemanisan masing2)
Beberapa helai daun pandan-potong untuk dijadikan alas periuk dan 1 helai di simpul
Garam secukup rasa
Lidi sate secukupnya


Cara-cara:

1.Toskan beras pulut yang telah direndam dan gaul bersama sedikit santan dan  garam.
2.Masukkan beras pulut ke dalam sotong menggunakan sudu kecil,tidak boleh terlampau penuh,biar sedang-sedang jer supaya pulut masak sekata.
3.Ambil kepala sotong dan sematkan badan dan kepala sotong dengan lidi sate.
4.Lapik periuk dengan daun pandan,susun sotong,masukkan nisan,halia,daun pandan yang disimpul,gula dan sedikit garam.
5.Masukkan baki santan yang selebihnya ke dalam periuk dan masaklah menggunakan api yang sederhana kecil selama 30 minit.
6.Rasakan kuahnya supaya cukup manis dan masinnya,jika sudah berpuas hati biarkan kuahnya sedikit pekat sebelum diangkat.




bersihkan sotong..pastikan cukup kepala n badannya...

gaul beras pulut bersama sedikit santan


sematkan dengan lidi sate kepala dan badan sotong selepas diisi beras pulut...

masukkan nisan,halia daun pandan,gula,garam dan santan...masak dengan api sederhana selama 30 minit..

taraaa...dah siap



Jom Try Buat...


SOMTAM



Petang semalam hubby membawa balik sebiji buah betik dari tempat kerjanya...hasil dari pelajar kelas pertanian....sayapun berkira-kira nak masak apa.Hubby cuma minta celurkan saja untuk dimakan bersama nasi ..dan dicicah dengan budu...memandangkan masih banyak lagi buah betik ni maka datang idea secara tiba-tiba nak buat somtam...petang tu gak minta hubby pergi ke kedai carikan udang kering dan kangkung...bahan-bahan lain semuanya dah ada...so petang tu bermulalah acara menyediakan somtam ni....buatnya kejap jer kalau bahan semua dah ada...resipi somtam ni  saya buat ikut gerak hati jerr....agak2 jer bahannya sebab selalunya kalau saya beli somtam.. saya selalu beli kat Pasar Borong Wakaf Che Yeh....saya akan perhatikan bahan-bahan yang diletakkannya.. sebab lain kali kalau nak buat sendiri senang jerkan..tak perlu nak tanya encik google.....hasilnya memang sebijik macam yang saya beli kat kedai tu...hehehe....... so petang tu saya dan hubby ratah somtam ni sampai terkeluar air mata...pedass sebab saya guna cili padi thai..... berdesing telinga...... ...jom semak resipinya...


SOMTAM
Sumber:mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

1/2 biji betik muda yang matang-disagat
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi-kalau suka pedas boleh tambah lagi
2 biji tomato-hiris nipis
5 biji mangga muda-disagat
2 sudu makan udang kering/udang geragau
1/2 batang karot-disagat
1 cm belacan
1/4 cawan kacang tanah-goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
2 batang kangkung
Sos ikan secukup rasa
Garam,gula
2 potong nenas-hiris memanjang-saya tak letak sebab tak de stok
5 biji limau kasturi-ambil jus (kalau tak de stok buah mangga tau)


Cara-cara:
1.Sagat buah betik,mangga dan karot.
2.Tumbuk bawang putih,cili padi,belacan dan udang kering.
3.Masukkkan buah betik,buah mangga,karot dan tomato.
4.Masukkan garam,gula,sos ikan.Gaul sebati.Bila dah cukup rasanya masam,masin dan manis kira ok la tu..
5.Hidangkan bersama kacang tanah dan kangkung segar...ermmmm best nyerrr.




 
kalau takde lesung kayu... boleh tumbuk dalam lesung batu jer...pastu gaul dalam mangkuk ...



sagat betik secara memanjang...


sagat karot dan mangga juga secara memanjang


tumbuk dalam lesung kayu....rasanya lagi kawwww....



tabur kacang tanah...ermmm  bestnyerrr







Jom Try Buat....

Sunday, 12 April 2015

KARI AYAM PAKISTAN



Sesekali tu tekak ni ingin mencari kelainan dalam mempelbagaikan resipi masakan menggunakan ayam sebagai bahan utamanya.Semasa BW saya singgah di blog Secuit Rasa @ Umiejazz ni berkenanlah pulak dengan Kari Ayam Pakistan ni...nak tau jugaklah camna orang Pakistan masak ayam nih...hehehe..bila saya rasa kari ni bolehlah dimasukkan dalam list  untuk masakan ayam ni...rupanya seakan-akan ayam masak merah...tapi  dari segi rasa ada kelainanya...kalau nak tahu kenalah cuba yerrr....terima kasih kepada umiejazz atas perkongsian resipi ni.... izinkan saya panjangkan pula di sini ya ....



KARI AYAM PAKISTAN

Sumber:Secuitrasa@Umijazz
Olahan Rasa: mamamiasanasini.blogspot


Bahan-bahan:

1 ekor ayam-potong 16 bahagian
4 labu bawang besar-cincang
4 biji tomato-cincang
1 sudu makan halia
1 sudu makan bawang putih kisar
1sdt serbuk kunyit
2 sdm serbuk cili
1sdt serbuk ketumbar
2 cawan air/secukupnya
1 keping gula melaka-saya tambah
Garam masala-saya tak letak
1 kiub pati ayam-saya tambah
Garam
Hirisan cili merah dan daun ketumbar untuk hiasan


Cara penyediaan:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
2.Masukkan tomato dan teruskan menumis hingga sebati.
3.Tambahkan halia dan bawang putih kisar,serbuk cili serta serbuk kunyit.
4.Kacau hingga sebati dan masukkan air.Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur(menumis bahan ni boleh memakan masa selama 1 jam...tapi saya tak sampai 1 jam pun!)
5.Masukkan ayam dan gaul rata.
6.Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air.Perasakan dengan garam.Masukkan kiub pati ayam jika suka.
7.Kacau sebati dan masak sehingga kuah hampir kering.(Saya buat agak berkuah sedikit)
8.Hidangkan bersama taburan cili merah dan daun ketumbar.

enak dimakan bersama nasi putih....



Jom Try Buat...