Monday 16 March 2015

KUIH KOSUI PANDAN

Hari ni mood terlebih rajin la plak....rasanya semua resipi yang telah saya cuba sebelum2 ni nak share disini...almaklumlah time cuti sekolah ni banyaklah masa boleh mengadap lappy...kalau dah bukak sekolah kekadang tu langsung tak sempat nak update blog...biasanya time cuti sekolah ni lah peluang bagi saya untuk mencuba pelbagai resipi baru...setakat nih dah 7 buah buku resipi yang saya berjaya bukukan....mula-mula saya print resipi beserta gambar,kemudian saya edit gambar untuk jimatkan ink printer... (sebuah printer saya dah rosak teruk sebab terlalu kerap print resipi) ngehngehngehh....mujur hubby sporting jerr .... pastu saya kumpulkan resipi tu agak-agak tebal dan dah boleh dibinding... buat cover serta indeknya terus pi kedai untuk binding...punyalah sayang saya pada buku-buku ni ,masa banjir besar tahun lepas  buku-buku resipi ini antara barang terawal yang saya selamatkan selain oven dan barangan lain...huhuhu.... yelah dah penat2 kita mengumpulkan resipinya takkan nak biarkan rosak camtu jerrkannnn....oklah panjang pulak citer saya hari ni ...erkkk....berbalik kepada resipi kuih kosui ni, memang ramai peminatnya...kalau ada potluck kat sekolah saya suka bawak kuih ni sekejap jerr dah licinnnn..sampaikan kawan-kawan hubby kat sekolahnya juga suka tempah kuih ni sekiranya ada jamuan di sekolah mereka. Masa CNY baru-baru ni rakan sekerja saya yang berbangsa Cina telah menempah kuih ini untuk jamuan familnya,terkejut gak saya...tapi kalau kat sekolah dia memang peminat kuih ni.......Sebenarnya resipi ni saya ambil daripada kakak saya yang sebelum ni membuat kuih kosui  serta kuih muih yang lain untuk jualan...tapi sekarang dah tak meniaga kerana faktor kesihatan...jom semak resipinya....

 

 

KUIH KOSUI PANDAN

Sumber:Warisan Keluarga

 

 

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan tepung ubi

2 1/4 cawan gula pasir dimasak bersama dengan 2 cawan air-sejukkan

3 cawan air daun pandan

2 cawan air

1/2 sdt kapur makan-dibancuh dengan sedikit air dan tapis

Pewarna hijau

Kelapa paru putiht + sedikit garam

 

 

Cara-cara:

1.Campurkan tepung gandum bersama tepung ubi kedalam bekas,gaul sebati.

2.Masukkan air daun pandan,air,air gula,kapur makan dan gaul hingga tidak bergentel.Masukkan pewarna hijau gaul sebati dan tapis.

3.Masukkan adunan tadi kedalam acuan lompang yang telah dilengser sedikit minyak dan kukus selama 20 minit dengan api yang sederhana.Sejukkan dahulu sebelum keluarkan kuih daripada acuan.

4.Gaulkan kelapa bersama sedikit garam dan kukus sebentar supaya tahan lama.



Kuih ini perlu betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuannya...





Tempahan kuih yang banyak ni  (500 bji) saya terima hanya  time cuti sekolah ataupun hari minggu jerr...tapi kalau setakat 50-100 biji hari biasa juga saya terima

 

 

 

Jom try buat...

 


No comments: