Thursday, 18 December 2014

Cucur Kembung Manis

Assalamualaikum wbt...dan salam sejahtera.Hari ini bumi Tanah Merah disirami dengan hujan yang mencurah-curah.Sejak dari malam tadi hinggalah ke petang hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti.Jadi segala aktiviti di luar rumah juga turut terhenti.Anak-anak dok tercongok depan TV jer laaa...keje sekolah pun  tak ada maklumlah cuti hujung tahun.Bila cuaca yang sejuk macam ni... perutpun cepat jer lapar.Jadi sayapun merajinkan diri untuk membuat kudap-kudapan untuk senaman mulut sambil menonton TV. Resipi ini hasil  intaian saya di blog Resipi Citarasawan.Bahan-bahannya sangat mudah dan cara penyediaannya pun juga sangattt senang. Rasanya pula rangup di luar dan lembut di dalam. Anak-anak saya sangat menyukainya tambah tambah lagi dengan cuaca yang dingin nih.Sekejap jerr dah licin.Walaupun cuma menggunakan tiga bahan namun hasilnya tidak mengecewakan.Saya sangat kagum dengan hasil kerja K.Wan yang sangat halus buatannya.Memang tak termampu oleh saya untuk menghasilkan segala bagai  kuih muih yang dipamerkan dalam blognya.Terima kasih kepada K.Wan kerana berkongsi  resipi yang mudah dan sedap ni.OK tak mau celoteh panjang mari kita semak bahan-bahannya.

 

 CUCUR KEMBUNG MANIS

 Sumber: K.Wan (Citarasawan)

 

 

 Bahan-bahan:

 3 cawan tepung gandum

 3 caw an air panas (air yang mendidih)

 1/2 cawan susu pekat manis

 secubit garam

 1 sdt baking powder-optional ( saya tak letak)

 

 

 Cara-cara:

 1.Satukan semua bahan dan gaul sebati.Adunan menjadi doh yang melekat di tangan.

 2.Biarkan doh suam dahulu supaya senang dibulat-bulatkan.

 3.Basahkan tangan dengan air supaya doh tak melekat.Ambil doh mengikut saiz yang dikehendaki dan bulat-bulatkan.Pastikan minyak betul-betul panas sebelum digoreng dengan api sederhana panas.

 













Post a Comment